Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sheila Majid tolak peranan juri peraduan realiti kerana sibuk

Jul 17, 2023 | 2:53 PM
TOLAK TAWARAN: Datuk Sheila Majid menolak tawaran sebagai juri program realiti atas jadual kerja yang padat.
TOLAK TAWARAN: Datuk Sheila Majid menolak tawaran sebagai juri program realiti atas jadual kerja yang padat. - Foto JIOBUDDY DAN ECHOLALIA PICTURES

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid, terpaksa menolak tawaran beberapa stesen televisyen yang menawarkannya peluang mengisi kerusi juri bagi program-program realiti sebelum ini.

Jelasnya, penolakan tersebut adalah berpunca daripada kesibukannya memenuhi jadual persembahan selain tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak yang sedang membesar.

Malah, pada masa yang sama juga, ibu empat anak itu enggan terikat dengan komitmen jangka panjang sehingga beliau terpaksa menolak tawaran persembahan dalam dan luar negara.

“Selalunya program realiti atau seumpamanya akan berlangsung lebih dua bulan. Ada yang tiga bulan dan kebiasaannya di hujung minggu, ketika saya bekerja memenuhi persembahan.

“Tidak adil jika saya terpaksa ‘lari’ sekejap untuk buat persembahan di tempat lain sehingga ada orang lain perlu ambil alih tugas itu. Tidak adil untuk pihak penerbitan dan peserta.

“Lebih baik saya tolak dengan baik, supaya tidak menyukarkan kerja mana-mana pihak,” ujarnya kepada laman Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Sheila berkata keengganannya untuk menjadi juri buat masa ini bukan juga kerana risau jika segelintir warganet mengecam cara penjuriannya yang mungkin berbeza apabila duduk di kerusi juri.

“Buat masa ini, komitmen saya masih banyak. Biar saya sempurnakan satu persatu dulu,” kongsinya lagi.

“Selalunya program realiti atau seumpamanya akan berlangsung lebih dua bulan. Ada yang tiga bulan dan kebiasaannya di hujung minggu, ketika saya bekerja memenuhi persembahan... Lebih baik saya tolak dengan baik, supaya tidak menyukarkan kerja mana-mana pihak.”
Datuk Sheila Majid.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg