Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

kaki jalan

Pesta jaz dan fesyen Batam gigih ‘pancing’ belia Generasi Z

Bajafash ketengah hiburan bermutu artis Nusantara, Sheila Majid, Rudy Djoe dan Maliq & D’Essentials
Jun 25, 2023 | 05:31 AM



Sebut sahaja irama jaz, yang terlintas di fikiran sebilangan anak muda, ia merupakan irama untuk golongan lebih mapan atau ‘orang lama’ (otai).

Namun, apa yang cuba diketengahkan penganjur Pesta Jaz dan Fesyen Batam 2023 (Bajafash) adalah muzik jaz tetap ‘cool’, apa lagi jika diseiringkan dengan paparan fesyen busana hasil ilham dan kreativiti pereka fesyen muda di Batam mahupun di pelbagai negara Nusantara.

Pesta yang diperkenalkan pada 2016 ini sebagai usaha menarik pelancong dan penggemar muzik jaz dan fesyen hanya sempat diadakan bagi empat sesi hingga 2019 sebelum ia terpaksa dihentikan kerana pandemik Covid-19.

Pada 28 dan 29 Julai ini, Bajafash kembali lagi dengan pasukan penganjurnya yang dipimpin Cik Indina Putri Fadjar, sebagai pengasas Bajafash, bergabung tenaga dengan syarikat penganjur acara, Simplemind Communication, yang terdiri daripada generasi muda pimpinan Encik Yasser Hadeka Daniel.

Ia akan berlangsung dalam kesegaran dan kehijauan alam semesta dan rimba taman simpanan di Panbil Eco Edu Park, kemudahan yang baru siap dibina sekitar tujuh hingga 11 kilometer dari Batam Center.

Ketika dihubungi Berita Minggu, Cik Indina berkata Bajafash adalah acara istimewa di Batam yang konsisten dan belum ada pesta yang menyainginya meskipun ia terhenti selama empat tahun dek wabak Covid-19 yang menular.


“Acara Bajafash ini adalah satu-satunya persembahan muzik jaz yang disajikan secara ‘live’ yang diseiringkan dengan pertunjukan fesyen. Tidak mudah bagi kami menganjurkan pesta pada skala sebegini kerana komitmen itu amat perlu. Impian kami selepas ini adalah agar Bajafash ini dapat menjadi lebih besar dan boleh menjadi sehebat Pesta Java Jaz Antarabangsa Jakarta.

“Kami ingin generasi anak muda lebih peduli dengan perkembangan irama jaz dan fesyen yang dimajukan di Batam mahupun kawasan Nusantara ini. Kami mahu Bajafash menjadi acara mereka. Penganjur sebaya saya hanya mahu menonton, apa lagi kali ini kami wujudkan suasana kehijauan rimba yang menenangkan dan belum diteroka sebelum ini iaitu di Panbil Eco Edu Park.

“Suasananya persis pesta di Sarawak yang ikonik, Pesta Muzik Rainforest. Orang ramai boleh hirup udara segar sambil menikmati muzik dan fesyen sekali gus dalam suasana segar di atas bukit,” jelasnya.

Barisan artis yang akan menjayakan Bajafash adalah Ratu Jaz Malaysia, Datuk Sheila Majid, Maliq & D’ Essentials, penyanyi bersuara merdu dari Singapura, Rudy Djoe, yang akan bergabung dengan Rio Moreno, Soukma yang menampilkan Weixiang Tan, Second Brain, Tanayu, Littlefingers, Lightcraft, Dua Empat yang menampilkan Hansen Arief dan Joshua Alexander, Road Roots, Kangakubawa dan Flatnine Quintet.

Pereka fesyen yang ditampilkan pula adalah Corrie Kastubi, yang memperjuangkan fesyen mampan serta Beda-Beda Batik dan pertubuhan tidak mengaut untung, Indonesian Fashion Chamber.

“Saya sebenarnya senang dengan bakat seperti dari Singapura, Rudy Djoe, yang mempunyai warna berbeza dalam kalangan artis jaz. Di Batam, tiada artis sepertinya, malahan nak katakan di Indonesia pun, artis sebegini begitu jarang-jarang kita temui.

“Rudy bijak mengangkat irama lama seperti keroncong yang disatukan dengan irama Latin dan jaz. Artis hebat sepertinya wajar diuar-uarkan sebab beliau mengetengahkan warisan muzik asli Melayu yang disatukan dengan muzik moden. Gabungannya dengan komposer, Rio Moreno, itu saya nanti-nantikan sebab Rio juga hebat. Rudy juga dari segi fesyen dan penampilannya agak lumayan dan indah serta kehebatannya menari membuat penonton ingin bangkit dan ikut menari,” ujar Cik Indina.

Mengenai Sheila pula, bintang ini dianggap Cik Indina sebagai diva legenda dalam muzik Nusantara. Bahkan bukti muzik Sheila yang dikenali kerana lagu Sinaran dan Antara Anyir dan Jakarta relevan adalah apabila bintang itu muncul di pesta rok Indonesia, Soundrenaline dan tanpa diduga dapat menarik generasi muda untuk menyanyi sama dengannya.


“Sheila mungkin sangka ramai generasi muda tidak mengenalinya tetapi terima kasih kepada TikTok, tiba-tiba lagu Sheila Majid menjadi tular. Bagi saya sendiri, lagu-lagunya itu cukup nostalgik mengingatkan kita pada zaman remaja dan sewaktu di bangku persekolahan,” kata Cik Indina.

Bajafash menarik pengunjung dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Jepun dan Taiwan sebelum ini. Ada seorang dua pelancong Eropah yang kebetulan singgah ke Batam turut menghadiri pesta ini.

“Saya berharap ia menjadi wadah untuk penggiat muzik muda dan pencinta fesyen dari Generasi Z untuk berkarya dan bawa pulang ilmu tentang warisan kita. Saya juga gembira kerana banyak belajar daripada Hadeka dan pasukannya daripada Simplemind Communication yang muda-muda belaka dan mempunyai idea segar bagaimana ingin pasarkan Bajafash kepada generasi muda yang mesra digital,” jelasnya.

Encik Yasser Hadeka pula berbesar hati dapat terlibat dalam Bajafash dan mempelajari sesuatu daripada Cik Indina yang berpengalaman menganjur pesta muzik jaz dan fesyen ini.

“Setelah berehat selama empat edisi, Bajafash kembali dengan kelainan. Kami ingin ajak anak muda menikmati jaz jika mereka rasa penikmat muzik ini hanya golongan warga emas. Anak muda boleh hadam muzik sebegini. Cabarannya adalah menarik minat mereka. Mungkin Bajafash agak asing dalam pemikiran mereka. Ada yang sangka ia acara baru.

“Besar hati kami dapat libatkan pemuzik yang sudah dianggap sebagai keluarga besar. Datuk Sheila dan Rudy mempunyai tarikan tersendiri. Kami juga menyertakan Malique & D’Essentials sebagai satu strategi menarik golongan muda untuk hadir. Littlefingers misalnya adalah bukti anak muda peringkat kolej yang boleh terima irama jaz sebagai muzik yang indah,” kata Encik Yasser Hadeka.

Bajafash yang akan berlangsung di Panbil Eco and Edu Park juga akan mengadakan jualan makanan dari 27 Julai hingga 30 Julai mulai 12 tengah hari.

Tiket antara 350,000 rupiah ($31.40) dengan 2 juta rupiah (pas VIP dua hari) ($179) boleh ditempah menerusi Instagram Bajafash.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >