Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shinee kembali sinari pentas S’pura selepas 12 tahun

Mar 05, 2024 | 05:30 AM



Sedang Taylor Swift memukau perhatian ramai penonton pada malam 2 Mac di Stadium Negara, peminat K-Pop pula mabuk kepayang dengan kumpulan Shinee di Stadium Tertutup Singapura pada petang hari yang sama.

Kumpulan veteran itu berada di Singapura bagi konsert jelajahnya, Shinee World VI: Perfect Illumination, setelah sekian lama tidak berkunjung ke Kota Singa.


Kali terakhir mereka di sini adalah pada 2012.

Ramai yang betul-betul kerinduan sebagaimana yang diluahkan di Instagram.

“Kami sudah dewasa. Anda juga dewasa sepanjang lebih sedekad tidak bertemu,” jelas anggota Shinee, Taemin, sewaktu mendekati peminatnya, sebagaimana yang terakam dalam sebuah video Instagram kumpulan itu.

Bersama-sama Key dan Minho, mereka datang menghiburkan peminat sedang Onew hilang entah ke mana.

Tiga anggota Shinee sahaja sudah memadai untuk menghiburkan peminat walaupun senarai lagu yang dipersembahkan diubah suai bagi menyajikan lagu lama seperti, Sherlock, Dream Girl dan Lucifer.


“Sudah lebih 10 tahun lamanya lagu-lagu ini dipersembahkan. Kami terpaksa mengingatkan anda siapa Shinee!” kata Key pula.

Keputusan mengubah senarai lagu itu benar-benar membantu kerana ramai peminat mereka yang menggelar diri mereka ‘Shawols’ begitu teruja menyanyikan lagu lama Shinee sekuat-kuat hati.

“Takkan saya boleh lupakan zaman remaja saya. Saya dewasa dengan lagu Shinee. Ia membuatkan saya terkenang semula pada tempoh saya masih muda dahulu. T

“Terima kasih Shinee kerana datang juga ke Singapura walaupun saya menanti lama untuk anda ke sini,” jelas peminat bernama Sheena Shahib di Instagramnya.

Walaupun jadual mereka ketat dan tidak banyak masa bersiar-siar di Singapura, Key menyatakan beliau dan rakan-rakan sempat makan ketam bercili di restoran terkenal di sini.

Apa yang lebih menakjubkan, Lisa daripada kumpulan Blackpink juga kelihatan bergambar dengan Shinee setelah kelihatan bergegas dari Lapangan Terbang Changi untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan seninya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >