Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siri sandwic Subway bagi pelanggan pentingkan kesihatan

Aug 25, 2023 | 3:38 PM
TIGA SAJIAN BARU: ‘Subway Melt Series’ menampilkan ‘Pizza Melt’, ‘NYC Beef Meatball Supreme’ dan ‘Californian Avocado Club’ bagi sajian barunya.
TIGA SAJIAN BARU: ‘Subway Melt Series’ menampilkan ‘Pizza Melt’, ‘NYC Beef Meatball Supreme’ dan ‘Californian Avocado Club’ bagi sajian barunya. - Foto SUBWAY

Pelanggan Subway yang prihatin tentang kesihatan kini boleh menikmati sandwic tanpa rasa bersalah.

Ini selepas ia melancarkan ‘Eat Fresh Feel Good’ sebagai sebahagian daripada pembaharuan jenamanya bagi pelanggan yang mementingkan kesihatan.

Subway ialah rangkaian makanan segera kegemaran dengan roti yang dibakar, daging yang lazat, sayur-sayuran segar dan keju.

Dengan artis Korea Selatan, Cha Eun-Woo, sebagai duta barunya, ‘Eat Fresh Feel Good’ menyediakan cara baru untuk menikmati hidangannya dengan siri ‘Subway Melt’ untuk membawakan detik-detik yang ‘mewah’ kepada semua warga Singapura.

“Bagi saya, Subway adalah seperti keperluan harian. Ia sihat, mudah, boleh disesuaikan – jadi saya sering mengambil Subway untuk makan di antara (kesibukan) jadual atau selepas bersenam,” katanya.

Untuk meraikan pembaharuan jenama Subway ‘Eat Fresh Feel Good’, syarikat melancarkan Siri Subway Melt dengan memperkenalkan tiga Subway dengan rasa baru hasil rekaan sentuhan penuh kasih oleh artis Subway.

Produk baru Subway itu dihasilkan dengan ramuan lebih sihat dan perisa yang diidamkan.

Tiga Subway unik untuk Siri Subway Melt, ialah ‘Pizza Melt’, ‘NYC Beef Meatball Supreme’ dan ‘Californian Avocado Club’.

“Bagi saya, Subway adalah seperti keperluan harian. Ia sihat, mudah, boleh disesuaikan – jadi saya sering mengambil Subway untuk makan di antara (kesibukan) jadual atau selepas bersenam.”
Cha Eun-Woo, artis Korea Selatan yang juga duta Subway.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg