Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Nurhaliza jawab isu lokasi konsert

Siti tidak terjejas dengan komen agar konsert diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding Axiata Arena
Dec 21, 2023 | 03:42 PM



CYBERJAYA: Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan beliau sudah pun membuat tempahan bagi mengadakan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, sejak beberapa bulan lalu.


Justeru, Siti, 44 tahun, menganggap cakap-cakap berhubung lokasi konsert yang dikatakan sesuai dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan perbandingan antara dirinya dengan kumpulan Britain, Coldplay, yang baru-baru ini mementaskan konsert di lokasi ikonik itu, hanya ditimbulkan ‘orang luar’ serta bukan sesuatu yang menjejas keputusannya.

“Konsert di Axiata Arena sudah saya maklumkan dalam media sosial. Insya-Allah, tiket mula dijual pada 21 Disember. Soal lokasi, itu adalah rezeki yang datang.

“Sebenarnya, saya sudah tempah lama di Axiata Arena. Tidaklah sampai setahun, tetapi sejak beberapa bulan lalu.

“Cuma, saya tidak pasti lagi kerana (projek konsert) masih dalam perancangan. Alhamdulillah, sudah ada kata putus. Itulah yang kita umumkan beberapa hari lalu.

“Soal lokasi hanya ditimbulkan ‘orang luar’ yang membandingkan dengan konsert Coldplay... Tiada kena-mengena langsung.

“Kami sudah rencanakan konsert ini di Axiata, sejak beberapa bulan lalu,” katanya yang ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada program, Master Class: Evolution Expert, anjuran Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM), Kampus UM Cyberjaya, pada 20 Disember.


Pada program itu, Siti berkongsi perjalanan dirinya sebagai anak seni dan kepayahan untuk bergelar usahawan.

Antara yang dikongsinya termasuk pengalaman menganjurkan konsert pertama di Stadium Putra, Bukit Jalil, dengan menggunakan bajet sendiri pada usia 20 tahun.

Sebelum ini, ada pihak sering mengaitkan Siti dengan acara besar yang dianjurkan di SNBJ.

Siti berkata, beliau bakal mendendangkan lebih 20 lagu pada, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, yang dibawakan khas oleh syarikat barangan elektrik, Cuckoo.


“Seperti amalan yang biasa, lebih 20 lagu untuk konsert dua jam. Tetapi untuk maklumat lanjut, tunggu sidang media, lebih seronok bercerita,” katanya.

Dalam satu wawancara awal, Siti yang baru pulih daripada dilanda jangkitan Covid-19 buat kali kedua akur apa yang dialami sewaktu sakit kali ini lebih perit meskipun tiada tanda-tanda jangkitan yang ketara.

“Saya mengalami sakit badan yang agak teruk dan demam panas. Saya risau suara saya akan terjejas dengan jangkitan ini seperti dahulu,” tambahnya.

Pada 2022, beliau mengalami sesak nafas apabila menyanyi sesudah pulih daripada Covid-19.

Peti suaranya juga bermasalah sewaktu merakam album ke-20 dan terkini, Sitism, yang diterbitkan pada 30 Jun.


Siti, bagaimanapun, meyakinkan peminatnya beliau kian pulih.

“Saya boleh menyanyikan lagu-lagu lama saya dan suara saya terasa lebih ringan untuk menyampaikan.

“Saya ambil masa hampir setahun untuk dapatkan suara sebegini semula. Kini hanya tinggal batuk-batuk sahaja,” jelasnya, yang menasihati orang ramai agar menjaga kesihatan memandangkan jumlah kes Covid-19 meningkat semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >