Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siti Nurhaliza tak lupa jasa S’pura iktiraf potensi, populariti

Jul 2, 2024 | 5:30 AM
Datuk Seri Siti Nurhaliza menghargai jasa Singapura dalam mengiktiraf bakatnya dari awal lagi, seawal Anugerah Muzik Singapura pada 1996.
Datuk Seri Siti Nurhaliza menghargai jasa Singapura dalam mengiktiraf bakatnya dari awal lagi, seawal Anugerah Muzik Singapura pada 1996. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Singapura dekat di hati penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kerana pulau kecil ini menjadi tapak pertama yang mengiktiraf pencapaiannya dengan dua anugerah – Artis Baru Wanita Popular dan Lagu Paling Popular pada Anugerah Muzik Singapura 1996.

Inilah yang dikongsi Siti, 45 tahun, pada Konsert Fenomena Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Singapore yang diadakan dua hari berturut-turut di The Star Theatre pada 28 dan 29 Jun.

“Singapura tak pernah saya lupakan... di sinilah, saya diberikan pengiktirafan pertama di luar Malaysia.

“Pada suatu ketika pula, saya menang kategori yang sama dalam bidang populariti selama 10 tahun berturut-turut di Anugerah Planet Muzik (APM).

“Saya kemudian tidak diizinkan bertanding lagi tetapi saya tidak berkecil hati sebab saya diberikan pula anugerah untuk pencapaian sedekad,” jelasnya.

Konsertnya bagi kededua hari dihadiri 10,000 peminat, dengan sebilangannya tidak jemu hadir untuk dua hari berturut-turut kerana terlalu meminati jelitawan dengan suara bak buluh perindu itu.

Siti masih ligat menari dan mensyukuri bahawa suaranya kembali semula selepas terjejas akibat Covid-19.

Dalam persembahan sekitar dua jam setengah itu, Siti turut memberi penghormatan pada sumbangan seniman, seniwati, biduan dan biduanita yang memekarkan industri seni silam pada masa itu di Jalan Ampas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg