Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siti Saleha enggan stres fikir soal kahwin

Jan 18, 2024 | 1:29 PM
MASIH SELESA BERKAWAN: Siti Saleha (kanan) enggan rasa tertekan dan belum bersedia untuk berumah tangga dengan kekasihnya, Joshua Fitton, atas dasar masih ingin lebih mengenali.
MASIH SELESA BERKAWAN: Siti Saleha (kanan) enggan rasa tertekan dan belum bersedia untuk berumah tangga dengan kekasihnya, Joshua Fitton, atas dasar masih ingin lebih mengenali. - Foto BHM

Pengalaman silam mendirikan rumah tangga dan menemui kegagalan pastinya menjadi iktibar buat pelakon Malaysia, Siti Saleha Mohd Baharum.

Lantaran itu, beliau enggan terburu-buru ke jenjang pelamin meskipun sudah lebih setahun menyulam cinta dengan kekasihnya, Joshua Fitton.

Menurut Siti Saleha kepada laman Kosmo! Online, beliau bahkan belum bersedia mengakhiri zaman jandanya.

“Saya dan Joshua enggan dihimpit tekanan agar cepat berkahwin semata-mata disebabkan gesaan orang, bahkan kami selesa melayari perhubungan kami buat masa ini dengan tenang.

“Kami kawan, masih lagi kawan. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan kali ini, kalau ada apa-apa perubahan mahupun perancangan saya akan beritahu semua.

“Biarlah semuanya berjalan dengan manis dan perlahan, kita tidak mahu tergesa-gesa dan saya tak ingin berasa tertekan.

“Walaupun dah lama kami berkawan dan tahu masanya juga sangat sesuai sekarang, tapi kena hati-hati, kalau berasa tertekan nanti jadi tak seronok,” katanya lagi.

Beliau yang berusia 35 tahun itu, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan ke peringkat selanjutnya.

“Hubungan kami sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja. Saya tidak mahu komen lebih. Doakan kami moga dipermudah segalanya.

“Sekali lagi, ini bukan tentang apa yang khalayak fikir tetapi lebih kepada soal hati dan perasaan.

“Sepatutnya dia juga datang pada sesi sidang media ini tetapi bertindan pula jadual kerjanya dengan benda lain. Jadi ya, doakan kami okey!,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Tonton Original Series, SeOfis, baru-baru ini.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar, pada 2022 selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Akhir tahun tersebut, Siti Saleha yang mesra disapa Sally itu membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton.

Moga hubungan kali ini disulami bunga-bunga cinta yang membawa kebahagiaan buat Siti Saleha.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg