Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Slam rai tiga dekad gelar sahabat

Anggota band syukuri peluang kongsi karya dalam konsert 10 Jun di The Star Theatre
May 04, 2023 | 05:30 AM



DALAM zaman kegemilangan band Slam, sekitar tahun 1990-an, wujud beberapa band lain yang namanya bermula dengan huruf 'S' seperti Scoin, Spoon, Spin dan Spring.



Sedang band lain sudah dibubar atau tidak aktif, Slam masih kekal bertahan selama 30 tahun dengan penyanyi ikonik mereka, Zamani, serta lagu-lagu yang kekal malar segar seperti Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling dan Jika Kau Rasa Getarnya.



Bagi meraikan tiga dekad dalam industri muzik Nusantara, Slam yang dianggotai Zamani, Shah, Lili, Man dan Eddie akan mengadakan konsert Slam 30th Anniversary Concert di The Star Theatre pada 10 Jun ini, mulai 8 malam.



Konsert ini merupakan anjuran Greendoor Studios.



Baru-baru ini, tiga anggota band ini - gitaris, Shah; pemain bes, Lili; dan pemain dram, Man - dihubungi Berita Harian (BH) menerusi Zoom untuk berkongsi kenangan manis bersama Slam dan juga persiapan bagi konsert akan datang.



Ikuti wawancara berikut.



Soalan (S): Apa yang boleh dijangkakan dalam konsert ini?



Shah: Sebelum ini, kami pernah mengadakan konsert meraikan ulang tahun Slam yang ke-20 dan 25 tahun.



Harapan kami bagi konsert kali ini, orang ramai akan lebih mengenali Slam yang sudah berkarya sejak 1993 lagi.



Melalui lagu yang kami sajikan dan sentiasa kedengaran malar segar di corong radio, kami ingin penonton lebih rapat lagi dengan perjalanan seni Slam.



Kami akan menyusun semula lagu-lagu kami agar kesegarannya terasa. Orang ramai boleh menikmati muzik dan juga kesan cahaya pada malam itu. Inilah hadiah kami dalam bentuk santapan halwa telinga dan santapan mata untuk semua yang menyokong Slam dari dahulu sampai sekarang.



S: Kenangan manis bersama Slam?



Lili: Saya dapat melihat bagaimana Slam bertatih dari 1991 dan 1992 serta kemudian merakam album dan mengadakan konsert unplugged yang hebat dan menjana pengalaman berharga buat penonton.



Bagaimana kami bangkitkan diri kami untuk beri penonton pengalaman luar biasa itu tak dapat saya lupakan.



Dari pengalaman tersebut, kami dapat perbaiki konsert-konsert mendatang kami.



Man: Setiap show yang kami jayakan meninggalkan kesan mendalam buat saya. Kami boleh ngam dan akrab hingga ke hari ini.



Semua kenangan bersama Slam manis. Tiada yang pahit.



Shah: Saya hargai persahabatan bersama anggota lain. 30 tahun itu menggambarkan satu perjalanan dan proses yang setiap daripadanya bermakna.



Sepanjang tiga dekad berkarya, saya sangat gembira dan puas. Hingga ke hari ini, lagu Slam diterima ramai.



Silaturahim antara kami memang akrab. Saya menganggapnya sebagai nikmat yang Allah beri buat kami mencari rezeki dengan benda yang disukai. Ada orang tak suka bikin sesuatu kerja. Tapi kami seronok raih kawan baru dan cari rezeki melalui muzik.



Kami semua berkongsi minat yang sama. Justeru itu, kami bersedia bekerja lebih daripada sepatutnya. Kalau dah berlatih, tak ingat masa... sampailah dah tak larat nak main muzik, baru kami berhenti.



S: Cabaran awal gerakkan band?



Lili: Sebab kita masih baru dalam industri pada waktu itu, kita harus kikis sikap mudah putus semangat.



Saya orang Singapura. Masuk Johor untuk jumpa ketua band, Shah. Alhamdulillah, saya diterima. Antara cabaran adalah berdepan dengan syarikat yang bakal mengedar kerja seni kami.



Kami perlu sentiasa pertingkatkan diri. Maklumlah, ada banyak band raksasa ketika itu seperti Search dan Wings yang berada di atas.



Mujurlah, kami ada konsep sendiri yang peminat sukai. Dari situ, lagu-lagu kami dipasarkan dengan penerbit yang mahir.



Hingga ke hari ini, saya ingat saya duduk di studio Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Johor Bahru untuk bertemu Shah. Dia tanya nak main muzik bersama Slam? Tertarik juga nak jadi artis dan bergerak di Malaysia.



S: Apa dilihat pada bakat Singapura seperti Lili?



Shah: Kami memang mencari pemain bes. Saya dan pengurus, Abang Johan, ronda serata studio di Komtar.



Daripada jendela kecil studio, nampak budak ni petik bes. Mukanya macam orang Filipina. Rupanya dia Melayu.



Saya senangi perwatakan sungguh-sungguh Lili. Dia memang terror main bes. Ini memang rezekinya.



Tengok Man yang main dram ala rentak jaz pun saya terpukau. Guru muziknya penggiat irama jaz.



S: Bagaimana Zamani dilamar?



Lili: Itu hasil usaha Abang Johan, pengurus kami. Sebelum diuji bakat, sudah ada empat penyanyi lain yang tak pass. Zamani penyanyi kelima.



Buat sekian lama, kami berhenti kerana tiada penyanyi. Abang Johan ronda satu Kuala Lumpur.



Jumpa dengan Acong Sweetchild yang kenalkan Abang Johan dengan rakannya Zamani.



Pada masa itu, Zamani belum tahu lagi nak nyanyi ataupun tidak. Dia minta nak try dahulu.



S: Penangan lagu 'Gerimis Mengundang'?



Shah: Memang ini lagu yang sinonim dengan Slam. Ia antara ciptaan Saari Amri yang terbaik. Kami memang tak sangka ia jadi popular. Ada lagu-lagu lain yang saya kira tak kurang hebat seperti Kita Terpaksa Bermusuhan dan Tak Mungkin Berpaling.



Bagi saya, Gerimis Mengundang mempunyai irama dan lirik yang bagus. Saya pula suka lagu Mentari Muncul Lagi sebab ia lagu yang membawa banyak pengajaran.



Walaupun lagu jiwang, ia mengajar pendengar untuk relaks dan cool meskipun sedang terasa sakit dek putus cinta.



  • Tiket $97, $137, $157, $177 dan $227 (VIP) boleh ditempah di laman, kaunter dan talian Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >