Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Stacy ‘bersinar’ tetapi nyaris pitam jadi Bunga Matahari

Feb 20, 2024 | 02:25 PM



Tidak mudah beraksi dalam kostum besar Bunga Matahari sehinggakan nyaris-nyaris pitam.

Demikian diakui juara pertandingan, The Masked Singer Malaysia, musim keempat (TMSM4), Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34 tahun, menyusuli kemenangannya di Pusat Konvensyen CIDB sekitar Cheras, Selangor, pada 18 Februari.


Stacy akui beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh badan berikutan bebanan akibat memakai maskot tersebut sambil perlu menyanyi.

“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk lagi, saya pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan bekalan oksigen yang terhad.

“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan memberikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.


“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya dalam laman web, Kosmo! Online.

Menyedari ramai dapat meneka dirinya di sebalik topeng tersebut, pelantun lagu, Khayal, itu terpaksa mengunci mulut bagi mematuhi kontrak program yang tidak membenarkan peserta mendedahkan identiti mereka.


“Dari awal orang sudah mula ‘serang’ saya di media sosial kerana mereka boleh meneka itu saya.

“Tetapi saya tidak boleh nak menjawab. Mungkin saya gagal untuk kelirukan orang, namun saya anggap ini satu kejayaan kerana sampai ke peringkat akhir.

“Ibu sendiri pun tidak tahu Bunga Matahari itu adalah saya sehingga pada minggu ketiga dia bertanya. Apabila juri meneka nama, saya hanya mampu tergelak di dalam kostum itu,” ujarnya selepas konsert akhir TMSM4.


Pada 18 Februari, teka-teki pemilik vokal padu di sebalik topeng terjawab apabila isteri penyanyi dan penggubah lagu, Akim Ahmad, yang memakai kostum Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSM4.

Prestasi Bunga Matahari terserlah sejak awal pertandingan dimulakan apabila tujuh kali bergelar juara mingguan iaitu bermula pada minggu ketiga sehingga minggu kesembilan.

Akim pula berpesan kepada Stacy agar bekerja keras kalau benar-benar ingin berjaya dalam peraduan itu.

Peserta diadili juri tetap sebanyak 80 peratus, manakala 20 peratus lagi merupakan undian peminat.

Bunga Matahari membawa pulang hadiah sebuah trofi mengikut format di negara lain.

Sebelum ini, tiga penghibur handalan merupakan juara TMSM – Aina Abdul (Bunga Raya), Shila Amzah (Rambutan) dan Ayda Jebat (Betta Fish).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >