Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suami Bunga Citra Lestari dituduh gelap wang syarikat bekas isteri RM1.7j

Jun 5, 2024 | 10:05 AM
Bunga Cinta Lestari berkahwin dengan Tiko Aryawardhana pada Disember lalu.
Bunga Cinta Lestari berkahwin dengan Tiko Aryawardhana pada Disember lalu. - Foto INSTAGRAM @ITSMEBCL


JAKARTA: Suami penyanyi Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana didakwa menggelapkan wang syarikat yang diusahakan bersama bekas isterinya berjumlah RM1.7 juta ($488,000).

Menurut akhbar Kompas, Tiko didakwa melakukan perkara itu antara 2015 dengan 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat yang diberi nama PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).

Manakala bekas isterinya, Arina Winarto bertindak sebagai pemilik dan pemegang saham syarikat berkenaan.

“Tiko dan Arina menubuhkan syarikat berkenaan dan ketika itu anak guam saya bertindak sebagai pemegang saham dan Tiko memegang jawatan sebagai pengarah.

“Bagaimanapun semua modal syarikat secara keseluruhannya dikeluarkan oleh Arina,” kata peguam Arina iaitu Leo Serigar.

Dalam pada itu, Leo mendedahkan sepanjang syarikat tersebut beroperasi, Arina bertindak sebagai pemegang saham pasif dan tidak mencampuri sebarang urusan perniagaan.

Ini kerana Arina meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Tiko untuk menguruskan operasi dan kewangan syarikat.

Bagaimanapun Arina mula curiga dengan Tiko apabila pada 2021 menemukan dua dokumen rekod perniagaan yang mencurigakan.

“Konflik bermula sekitar 2019 apabila Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat kerana sudah tidak mampu membayar sewa.

“Bagaimanapun dokumen yang mencurigakan itu membuatkan Arina mula menyiasat dan mendapati laporan tersebut dimanipulasi.

“Daripada situ, Arina melakukan siasatan dan audit menyeluruh sebelum mendapati terdapat penggunaan dana sebanyak RM1.7 juta yang tidak jelas,” ujarnya.

Arina kemudiannya membuat laporan polis berhubung kes itu pada 2022 selepas Tiko gagal memberikan penjelasan hasil audit yang dibuat.

Kes itu yang sedang dalam tindakan pihak berkuasa bagaimanapun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Tiko.

Menurut laporan media, Tiko dan Arina bernikah pada 26 Jun 2014 namun berpisah pada 28 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan termasuk sepasang kembar.

Tiko kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Bunga pada 2 Disember 2023. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg