Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suasana di restoran Tomahawk King Steakhouse & Grill inklusif, mesra keluarga

Nov 16, 2024 | 5:30 AM
Bagi mereka yang gemar makan beramai-ramai, ‘Set Carnivore’ berharga $228, adalah pilihan terbaik untuk dikongsi bersama rakan atau anggota keluarga. Ia mengandungi ‘Stik Tomahawk’, filet ikan hoki, salad ‘Caesar’, serta King’s Sauce dengan tiga sos khas (‘chimichurri’, ‘King’s Ranch’, ‘brown sauce’), sotong goreng ‘calamari’, ‘Blooming Onion’, sosej ayam herba salai, ‘Mozzarella Dippers’, kepingan ayam tanpa tulang, ‘King’s Chicken’, roti bakar mentega dan ‘lamb rack’.
Bagi mereka yang gemar makan beramai-ramai, ‘Set Carnivore’ berharga $228, adalah pilihan terbaik untuk dikongsi bersama rakan atau anggota keluarga. Ia mengandungi ‘Stik Tomahawk’, filet ikan hoki, salad ‘Caesar’, serta King’s Sauce dengan tiga sos khas (‘chimichurri’, ‘King’s Ranch’, ‘brown sauce’), sotong goreng ‘calamari’, ‘Blooming Onion’, sosej ayam herba salai, ‘Mozzarella Dippers’, kepingan ayam tanpa tulang, ‘King’s Chicken’, roti bakar mentega dan ‘lamb rack’. - Foto TOMAHAWK KING STEAKHOUSE & GRILL

Impian sepasang usahawan bapa dan anak ialah mencipta ruang restoran yang boleh dijadikan tempat orang ramai, tanpa mengira latar belakang, duduk bersama dan menjamu selera.

Apabila mereka mengambil keputusan menceburi sektor makanan dan minuman (F&B) sejak 2018, pengarah urusan Tomahawk King Steakhouse & Grill, Encik Ryan Wong dan bapanya, Encik Bruce Wong, yang bertindak selaku pengerusi syarikat itu sudah menetapkan visi restoran yang bersifat terangkum.

Untuk memenuhi cita rasa pelanggan Islam, Tomahawk King, membuat keputusan strategik untuk mendapatkan pensijilan halal, langkah yang tidak hanya membuka peluang baru, malah menjadi faktor utama kejayaan restoran itu.

View post on Instagram
 

“Kami menyedari bahawa menyediakan hidangan halal membantu kami menarik lebih ramai pelanggan,” kata Encik Ryan.

“Jika rangkaian makanan segera seperti McDonald’s dan KFC boleh mencapai status halal, mengapa kami tidak mengusahakannya? Keputusan ini membolehkan sesiapa sahaja datang tanpa sekatan,” tambahnya.

Sebelum dikenali sebagai Tomahawk King, jenama itu bermula dengan sederhana sebagai Stuffed Wing Lab, sebuah gerai kopitiam di Tampines 1 yang popular dengan hidangan kepak ayam sumbat.

Namun, sambutan pelanggan yang inginkan lebih banyak pilihan hidangan Barat menjadi inspirasi yang mendorong peralihan konsep.

Daripada sekadar kepak ayam, mereka berkembang dengan menawarkan pilihan hidangan Barat yang lebih luas dan pelbagai.

Ia khusus untuk memenuhi permintaan bagi hidangan lebih mengenyangkan seperti nasi, kentang goreng, dan pasta.

Pada 2020, restoran itu mengambil langkah memberi tumpuan pada usaha mendapatkan pensijilan halal, menjadikannya tempat pilihan untuk acara korporat dan jamuan secara berkumpulan.

Hidangan istimewa seperti Tomahawk Set untuk hidangan sehingga 10 orang, menjadikan pengalaman menjamu selera di situ lebih istimewa dan mengasyikkan.

“Kami sentiasa memastikan ada pilihan buat semua orang.

“Jika ada yang tidak makan daging lembu, kami menawarkan pilihan lain seperti kambing dan ayam.

“Selain Tomahawk, kami terkenal dengan hidangan Yakiniku (daging panggang Jepun) dan A5 Wagyu (daging premium Jepun) yang merupakan gred Wagyu terbaik di dunia,” ujarnya.

Satu lagi unsur unik di Tomahawk King adalah teknik penyediaan stik.

Kebanyakan restoran stik memasak tomahawk dengan teknik memasak perlahan kerana ketebalan stik yang memerlukan masa panjang.

Namun, Tomahawk King telah memperkenalkan pendekatan moden dengan menggunakan teknik sous vide atau dengan memerap stik dalam bekas kedap udara atau beg vakum yang tertutup rapi sebelum dimasak dalam suhu terkawal.

“Setelah daging tomahawk selesai dimasak dengan proses sous vide, ia akan dimasukkan ke dalam water bath sebelum dipanggang,” jelas Encik Ryan.

Teknik water bath adalah kaedah memasak apabila bekas masakan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar berisi air panas, lantas melembutkan daging yang dimasak itu.

Menu Tomahawk King terus berkembang dengan potongan daging premium dan hidangan yang mendapat inspirasi dari Asia.

Hidangan eksklusif seperti ‘Signature Australian Wagyu Tomahawk Steak’ yang menggunakan potongan 550 gram daging premium dari Australia, disajikan dengan sos cendawan dan mentega herba bawang putih yang menyelerakan.

Bagi pelanggan yang inginkan pilihan lebih ringan, bahagian Yakiniku Grill menyajikan daging seperti A5 Thick-Cut Hireshita (daging bermutu tinggi atau ‘sirloin’) atau Rosu Strips (hirisan daging), yang digemari ramai kerana kelembutannya dan serpihan putih lemak dalam otot daging, yang dipanggil marbling.

Potongan stik seperti, Picanha Culotte dengan Samyang Mayo (sos mayo pedas) dan potongan stik, Hanging Tenderloin dengan sos lada hitam pula memberi kesan lebih berperisa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg