Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cemar kesucian Ramadan: Menteri M’sia minta siasat klip video Raya Aliff Syukri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Cemar kesucian Ramadan: Menteri M’sia minta siasat klip video Raya Aliff Syukri

Apr 03, 2024 | 02:26 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil, meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, di media sosial.


Encik Fahmi berkata beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian.

“Tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Aliff untuk tidak memuat naik (klip penuh) video tersebut,” katanya kepada media pada Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Encik Fahmi di Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.


Datuk Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaru bertajuk Love Raya di laman sosial peribadinya sejak 31 Mac lalu yang memaparkan adegan kurang sopan.


Usahawan kosmetik itu bagaimanapun telah memadamkan video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada warganet (pengguna media sosial).

Seorang lelaki turut membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Datuk Aliff, supaya sebarang hantaran di media sosial tidak melanggar apa jua sensitiviti agama dan bangsa.

Dalam iklan klip video lagu Raya berkenaan yang berlangsung kira-kira 15 saat menampilkan Datuk Aliff dan beberapa penari berbaju ketat melakukan aksi tarian yang tidak sopan.

Dalam pada itu, Encik Fahmi turut menasihatkan pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >