Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat Jepun sedia khidmat langsung S’pura-Osaka mulai Dis

Sep 4, 2024 | 3:48 PM
Peach Aviation satu-satunya syarikat penerbangan Jepun yang mengendalikan laluan Singapura - Osaka yang memakan masa enam setengah jam.
Peach Aviation satu-satunya syarikat penerbangan Jepun yang mengendalikan laluan Singapura - Osaka yang memakan masa enam setengah jam. - Foto PEACH AVIATION

Syarikat penerbangan bajet Jepun, Peach Aviation, bakal melancarkan penerbangan langsung antara Singapura dengan Osaka mulai 5 Disember ini.

Penjualan tiket bermula pada 29 Ogos dengan harga dari $164.20 bagi perjalanan sehala.

Peach Aviation merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Jepun yang mengendalikan laluan ini yang memakan masa perjalanan enam setengah jam.

Scoot dan Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan lain yang mengendalikan laluan tersebut.  

Peach Aviation melancarkan penerbangan jarak pertengahan antarabangsa pertamanya dari Osaka ke Bangkok pada Disember 2022.

Singapura merupakan laluan jarak pertengahan antarabangsa kedua.

Laluan itu akan dikendalikan menggunakan pesawat Airbus A321LR yang mempunyai ruang duduk lebih luas sehingga 32 inci (kira-kira 81 sentimeter) – jarak antara tempat duduk sendiri dengan yang di hadapan – menjadikan ia setaraf dengan pesawat perkhidmatan penuh supaya penumpang menikmati pengalaman selesa sewaktu penerbangan antara Singapura dengan Osaka.

Setiap tempat duduk juga dilengkapi terminal mengecas USB.

Peach Aviation akan membuat perjalanan setiap hari dari 5 Disember hingga 29 Mac dengan pesawat berangkat dari Singapura pada 2.15 pagi dan tiba di Osaka pada 9.35 pagi.

Bagi perjalanan pulang yang juga beroperasi setiap hari, pesawat berangkat pada 6.50 petang dari Osaka dan mendarat pada 1 pagi di Singapura.

Mengalu-alu pelancaran laluan tersebut, Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Kargo dan Hab Udara Changi Airport Group (CAG), Encik Lim Ching Kiat, berkata:

“Jepun terus menjadi destinasi percutian paling popular buat penduduk Singapura, dengan lalu lintas penumpang meningkat lebih 25 peratus tahun ke tahun bagi separuh pertama 2024.

“Sebagai salah satu pasaran Changi teratas, laluan ini bukan sahaja memperkukuh ketersambungan antara Singapura dengan Jepun malah meluaskan pilihan perjalanan buat penumpang kami,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg