Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tampak ceria, tapi jiwa Sophia Albarakbah bergelora

Sep 19, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Di sebalik senyuman yang sentiasa terukir di bibir pelakon jelita ini, ada duka yang terpendam jauh di lubuk jiwa.


Siapa sangka sikap ceria sering ditunjukkan Sophia Albarakbah di hadapan umum rupa-rupanya sekadar topeng semata-mata.

Hakikatnya dalam diam, Sophia menjeruk rasa dan sering berendam air mata.

Semuanya gara-gara hubungan cinta yang terjalin bersama jejaka dikenali sebagai ‘Mr Doktor’ sejak tiga tahun lalu menemui noktahnya.

Meskipun tidak mengumumkan secara terbuka, namun tindakan Sophia memadam foto bersama lelaki yang sering kelihatan menemaninya dalam acara hiburan itu seolah-olah isyarat mereka sudah berpisah.

Agak berat untuk Sophia menjelaskan punca perpisahan, katanya, biarlah perkara itu kekal menjadi rahsia mereka.

“Adalah sebabnya mengapa kami berpisah. Soal ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Cuma, lebih baik saya tidak bercakap apa-apa mengenainya.

“Dalam soal ini, saya tak mahu menyalahkan sesiapa, apatah lagi memburukkan dirinya. Tiada siapa salah atau benar,” katanya kepada BH Online.


Sophia menambah, bukan mudah untuknya menerima takdir yang sudah tertulis, namun pada masa yang sama, terasa beban emosi berikutan perpisahan itu.

“Keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama. Mungkin berat untuk saya menerima hakikat ini, namun jika itu yang akan memudahkan segala-galanya, saya terima dengan reda,” ungkap pelakon sensasi itu.

Beliau menambah: “Sejujurnya, saya masih lagi sayangkannya. Walaupun putus, saya masih ambil berat mengenai dirinya.

“Siapa yang sanggup nak lepaskan insan yang kita sayang. Sama ada masih menaruh harapan ataupun tidak untuk kembali bersama, saya tak nak cakap apa-apa. Saya tak mahu kenyataan saya akan mengundang tanggapan salah.”

Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, Sophia meluahkan rasa syukur kejayaannya merangkul trofi Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu, memberi tempias rezeki buatnya.

“Alhamdulillah, bila dianugerahkan trofi ini tawaran berlakon terutama filem datang mencurah-curah. Rasa seronok bila kehadiran saya dalam bidang lakonan semakin mendapat kepercayaan produser.

“Bagaimanapun, tak semua tawaran diterima. Saya juga kena memilih genre bagaimana yang mahu dilakonkan, selain perlu mengikut kesesuaian jadual.

“Semua ini saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >