Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tart nanas beku Chinatown: Lazat, mesra alam

Sep 23, 2023 | 5:30 AM
MUDAH SIAP: Hanya perlu dibakar dalam alat penggoreng kering (air fryer) selama 15 minit.
MUDAH SIAP: Hanya perlu dibakar dalam alat penggoreng kering (air fryer) selama 15 minit. - Foto CHINATOWN FOOD CORPORATION

Pernahkah anda mendengar tentang tart nanas beku? Chinatown Food yang terkenal dengan makanan beku, telah melancarkan tart nanas beku yang pertama di pasaran.

Rasanya yang kaya dengan mentega hanya perlu dibakar selama 15 minit untuk menikmati hidangan hangat yang segar.

Tart nanas beku adalah yang pertama seumpamanya, dalam sebahagian usaha mencapai pendekatan sifar sisa dengan produk yang punya jangka hayat yang lebih lama.

Kulitnya yang nipis dan intinya yang padat membuatkannya mengenyangkan.

Ciptaan inovatif ini memberi nafas baharu kepada industri makanan sejuk beku.

Ia mempunyai gabungan unik rasa asli, jangka hayat yang panjang dan pendekatan sifar sisa.

“Kami percaya bahawa pelanggan kami berhak mendapat yang terbaik, dan inilah yang boleh anda dapat dalam tart nanas beku kami.”

“Kami telah menggabungkan inovasi seiring tradisi dalam menghasilkan produk yang bukan sahaja mempunyai rasa hebat, malah sejajar dengan komitmen kami ke arah kemampanan,” kata pencipta dan pengarah urusan Chinatown Food Corporation, Encik Sunny Koh.

Setiap tart nanas itu menggunakan inti nanas yang digabung dengan kulit tart yang diperbuat dari mentega. Melaluinya, ia menghasilkan tart yang gebu dan lemak.

Tart berbentuk nanas itu menambahkan sentuhan kreativiti. Ia sesuai dihidangkan untuk keluarga atau semasa majlis istimewa.

Tart nanas beku Chinatown boleh didapati di pasar raya NTUC FairPrice atau di laman web Chinatown.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg