Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawaran istimewa snek perisa telur masin Irvins

Feb 10, 2024 | 5:30 AM
‘Bundle’ Tahun Baru Cina Irvins berharga $38.80 mengandungi dua paket Kulit Salmon Telur Masin; sepaket Kulit Ikan Telur Masin; sepaket Kulit Ikan Telur Masin ‘Hot Boom’; sepaket Popia Udang Telur Masin; dan sepaket Kerepek Telur Masin ‘Arrowhead’. 
‘Bundle’ Tahun Baru Cina Irvins berharga $38.80 mengandungi dua paket Kulit Salmon Telur Masin; sepaket Kulit Ikan Telur Masin; sepaket Kulit Ikan Telur Masin ‘Hot Boom’; sepaket Popia Udang Telur Masin; dan sepaket Kerepek Telur Masin ‘Arrowhead’.  - Foto IRVINS

Menjelang Tahun Baru Cina, Irvins, yang terkenal dengan snek perisa telur masin yang menggiurkan, memperkenalkan semula snek Popia Udang Telur Masin atau Salted Egg Prawn Roll yang digemari ramai, serta snek baru – Kerepek Telur Masin ‘Arrowhead’.

“Menggunakan snek rangup Irvins sebagai ‘topping’ lohei pada perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu cara yang digemari pelanggan kami,” kata pengasas Irvins, Encik Irvin Gunawan.

Kerepek Telur Masin ‘Arrowhead’ yang baru dilancar merupakan gabungan ubi dan perisa kuning telur itik masin yang menarik dan berharga $13.80 (95 gram).

Bagi penggemar rasa pedas, Kulit Ikan Telur Masin ‘Hot Boom’ mempunyai rasa bawang putih.

Ia merupakan versi pedas Kulit Ikan Telur Masin Irvins yang asli.

Penggemar rempah-ratus akan menikmati perisa asli snek Irvins yang diadun khas dengan ramuan telur masin dan cili padi.

Bagi memeriahkan lagi musim perayaan, Irvins menawarkan ‘bundle’ Tahun Baru Cina pada harga diskaun $38.80 dari 16 Januari hingga 29 Februari 2024.

‘Bundle’ itu mengandungi dua paket Kulit Salmon Telur Masin; sepaket Kulit Ikan Telur Masin; sepaket Kulit Ikan Telur Masin ‘Hot Boom’; sepaket Popia Udang Telur Masin; dan sepaket Kerepek Telur Masin ‘Arrowhead’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg