Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terima cek tendang, Noraniza Idris trauma kena ‘scam’ berkali-kali

Apr 11, 2025 | 10:32 AM
Noraniza Idris bukan lagi serik, malah trauma hingga menyebabkan timbulnya isu kepercayaan kepada penganjur apabila berkali-kali kena tipu.
Noraniza Idris bukan lagi serik, malah trauma hingga menyebabkan timbulnya isu kepercayaan kepada penganjur apabila berkali-kali kena tipu. - Foto fail

SUBANG JAYA: Penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris trauma menganjurkan konsert sendiri selepas melalui beberapa pengalaman ditipu.

Noraniza, atau lebih mesra disapa Kak Ani, mendedahkan beliau pernah menerima cek tendang dan ada juga berjanji mahu menjadi penaja konsert.

“Saya bukan lagi serik, malah trauma hingga menyebabkan timbulnya isu kepercayaan kepada penganjur.

“Wakil syarikat pada awalnya memang bersungguh-sungguh mahu berkolaborasi dan berikan cek, tetapi rupanya cek tendang.

“Sekarang, selagi penaja belum bayar wang pendahuluan, saya anggap perjanjian belum termeterai,” katanya, yang ditemui pada sidang media Konsert Eh Raya 2025.

Menurut penyanyi berusia 57 tahun itu, pengalaman ditipu berkali-kali juga membuatkan hatinya ‘kering’.

Katanya, walaupun masih minat menyanyi di konsert, tetapi enggan menganjurkan konsert lagi, sebaliknya menyerahkan kepada pihak lebih arif untuk menguruskannya.

“Sesetengah penganjur berjanji macam-macam sebab nak menggunakan artis dan tumpang populariti kami.

“Bila kami sudah beria-ia bantu promosi, tiba-tiba tarik diri. Mungkin sahaja nak ‘test market’.

“Sejak itu, saya memang berjaga-jaga sebab takut terjebak dengan ‘scammer’,” katanya.

Mengulas Konsert Eh Raya 2025 yang bakal berlangsung pada 26 April ini, Noraniza berkata ia adalah konsert percuma dan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Noraniza Idris Dance Academy (NIDA).

“Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi kami ingin pengunjung yang datang ke Summit USJ Subang merasai pengalaman menghadiri rumah terbuka dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian.

“Idea menganjurkan konsert percuma ini timbul selepas NIDA berpindah ke Shah Alam sejak Januari lalu.

“Kami akan sajikan persembahan lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal, diiringi lebih 60 penari Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI), selain memasyarakatkan semula seni tradisional,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg