Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Terkejar-kejar nak habis lagu antara sebab Zamani tersingkir

Oct 31, 2023 | 05:30 AM



Ramai yang tahu penyanyi terkenal, Zamani Ibrahim atau Zamani Slam, berdepan dengan bermacam isu kesihatan tetapi masih terus berjuang di pentas All Stars Gegar Vaganza.


Ada pengamat muzik bahkan meramalkan Zamani, 52 tahun, adalah yang akan tersingkir awal dalam peraduan realiti Astro itu. Bagaimanapun, rezeki dan kemungkinan sokongan peminatnya yang ramai, membuatkannya terus bertahan hingga ke pusingan keenam.

Pada Ahad, berbekal lagu hit Allahyarham Adam Ahmad, Kau Pergi Jua, Zamani terpaksa mengucapkan “Selamat Tinggal” dengan peratusan markah paling rendah sebanyak 56.5 peratus.


Menurut Datuk Syafinaz Selamat, selaku juri tetap, persembahan bintang legenda yang mempopularkan lagu, Gerimis Mengundang itu kurang bertenaga dan tidak menampakkan keinginannya untuk mara ke pusingan selanjutnya.


Ini dipersetujui Ketua Juri, Datuk Ramli MS, yang memberitahu wartawan bahawa persembahan Zamani kelihatan lemah dan tidak bersemangat.

“Dia (Zamani) beritahu saya dia ada kepayahan nak tamatkan perkataan dengan segera apabila menyanyi. Macam tercungap-cungap... masalah pernafasan pun dikesan. Jadi kita dengar macam lambat sangat nak habiskan ayat. Dah tu pemuzik sedang tunggu bila dia nak habiskan lirik lagu. Mereka nak ‘masuk’, belum boleh. Apabila Zamani akhirnya habiskan lirik, dia dah terkejar-kejar dengan muzik. Bercanggah dengan kelancaran muzik. Itulah masalah pada persembahan Zamani,” jelas Ramli.

Dalam ucapan penutup tirainya pada pentas All Stars Gegar Vaganza, Zamani memohon maaf jika wujud kesilapan dalam persembahannya dan jika beliau menghampakan peminatnya. Beliau menghargai setiap nasihat juri bagi memperkasa persembahannya.


Sebelum ini, Zamani pernah menghadapi masalah peti suara yang rosak dan payah mengeluarkan suara ketika beliau bertanding dalam Gegar Vaganza (Musim Kelima).


Pernah juga masalah tulang melengkung dihadapinya sehingga menjejas postur tubuhnya apabila perlu berdiri dan menyanyi. Selesai pembedahan, masalah postur terhurai.

Beliau juga pernah bercerita dengan laman Harian Metro tentang kesuraman hidupnya sampai pernah menelan 20 pil tahan sakit sekali gus bagi menamatkan nyawanya.


Sungguhpun bergelut dengan banyak masalah seperti penyalahgunaan dadah, Zamani kekal disayangi peminat dan media yang menganggapnya sebagai artis berhemah yang selalu lembut dan beradab apabila berbicara.

“Kami tahu abang Zamani sakit. Dapat dilihat nyanyiannya tidak seperti dahulu termasuk dalam konsert juga. Walau apa pun, kami tetap menyokong beliau dan yakin rezekinya tetap ada di luar sana selepas tersingkir daripada All Stars Gegar Vaganza,” jelas warganet Siti Norimah dalam komen YouTube. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >