Teroka dunia prasejarah, alami fenomena dan sekitaran ekstrem di tarikan baru, Exploria

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teroka dunia prasejarah, alami fenomena dan sekitaran ekstrem di tarikan baru, Exploria

Feb 24, 2026 | 3:52 PM

Teroka dunia prasejarah, alami fenomena dan sekitaran ekstrem di tarikan baru, Exploria

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
dunia prasejarah, exploria, Exploria Mandai Wildlife Reserve
Paparan AR dalam ‘Realm of the Giants’ menghidupkan makhluk prasejarah. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Berjalan di sisi dinosaur raksasa, rasai kekuatan ribut monsun, dan selami dunia mikrob yang diperbesarkan.rbesarkan.

Inilah sebahagian pengalaman yang menanti pengunjung di tarikan baharu, Exploria, yang dibuka pada 3 Mac.

Terletak di Mandai Wildlife Reserve, Exploria seluas 10,000 meter persegi ini merupakan antara tarikan berbilang media tertutup bertemakan alam semula jadi terbesar di Asia Tenggara.

Ia mengajak pengunjung menelusuri persekitaran luar biasa dan fenomena yang jarang dicapai manusia—dari era prasejarah dan habitat ekstrem, hingga ke ekosistem mikroskopik dan kegelapan dasar lautan.

Tarikan interaktif ini, sesuai untuk semua peringkat usia, membolehkan pengunjung meneroka mengikut rentak sendiri, sambil memperdalam pemahaman tentang fungsi ekosistem, penyesuaian pelbagai spesies, dan bagaimana pilihan manusia mempengaruhi keseimbangan kehidupan bumi.

Pengunjung memulakan perjalanan mereka di ‘Our Interconnected World’, hab pusat Exploria yang menghubungkan mereka ke lima dunia yang mengasyikkan.

Di tengah-tengah hab ialah ‘Biopool’, yang menampilkan glob LED 4 meter.

Setiap perbuatan pelawat akan menghantar denyutan cahaya kepada glob itu, menimbulkan tindak balas kepada penglibatan kolektif.

Ini mencerminkan idea utama Exploria bahawa tindakan kecil individu bergabung untuk mencipta perubahan yang bermakna.

Glob itu juga dihidupkan semasa ‘The Planet Awakens’, pertunjukan cahaya dan bunyi khas Exploria, lantas menyalakan ruang dengan unjuran disegerakkan, hiasan warna-warni diiringi irama yang menceritakan kepelbagaian yang menanti dalam lima dunia yang bakal diterokai.

Pertunjukan ‘The Planet Awakens’ menyalakan ‘Our Interconnected World’.
Pertunjukan ‘The Planet Awakens’ menyalakan ‘Our Interconnected World’. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Setiap pengunjung diberi gelang tangan RFID yang boleh digunakan antaranya untuk mencipta avatar digital, mengaktifkan pemasangan interaktif, dan membongkar ‘permata tersembunyi’ yang diselitkan.

Dalam dunia ‘Realm of the Giants’, pengunjung bersua muka dengan dinosaur serta makhluk laut bersaiz gergasi menerusi skulptur dan teknologi realiti terimbuh (AR).

Tumpuan dunia ini ialah ‘The Giants Show’, pengalaman teater lapan minit yang menyelubungi pengunjung dengan visual, cahaya, bunyi dan pergerakan yang membawa mereka menyelami kehidupan sepanjang 500 juta tahun di bumi ini.

Seterusnya di ‘Micro Worlds’, pengunjung sebaliknya didedahkan kepada dunia yang amat kecil — di mana ekosistem invertebrata dan mikrob yang lazimnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar diperbesarkan untuk tontonan.

Antara yang dipaparkan ialah plankton, fungi dan bakteria - organisma yang kecil tetapi amat penting dalam menyokong kehidupan di Bumi.

Pengunjung didedahkan kepada dunia amat kecil yang diperbesarkan dalam dunia ‘Micro Worlds’.
Pengunjung didedahkan kepada dunia amat kecil yang diperbesarkan dalam dunia ‘Micro Worlds’. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Di ‘Bitdeer AI Extreme Frontiers’, pengunjung dibawa menyusuri beberapa sekitaran yang paling mencabar di planet melalui ekspedisi maya dan bilik simulator.

Ini termasuk sekitaran padang pasir gersang, ais Artik dan altitud tinggi.

‘Infinite Wonderland’ pula meraikan kepelbagaian biologi luar biasa hutan hujan dan terumbu karang.

Menggunakan teknologi berbilang deria, pengunjung akan melihat hidupan liar muncul dari dedaunan yang lebat dan terumbu karang yang meriah, lantas mendedahkan spesies yang sering tersembunyi dalam ekosistem rumit ini.

Dedaunan yang terjuntai menyerupai kanopi hutan hujan di 'Infinite Wonderland’, di mana pengunjung berjalan-jalan dalam kalangan rimbun tumbuh-tumbuhan.
Dedaunan yang terjuntai menyerupai kanopi hutan hujan di 'Infinite Wonderland’, di mana pengunjung berjalan-jalan dalam kalangan rimbun tumbuh-tumbuhan. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Yang terakhir merupakan ‘World of Darkness’ yang membongkar rahsia kehidupan tanpa cahaya dalam gua dan lautan dalam, lalu menonjolkan kehebatan spesies untuk membuat penyesuaian.

Misalnya, sotong yang mampu menyala ‘bioluminescent vampire squids’, ketam tanpa mata ‘eyeless yeti crabs’ dan ikan buta ‘blind cave fish’.

Mengulas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Mandai Wildlife Group, Encik Bennett Neo berkata Exploria membuka dimensi alam semula jadi baru di Mandai Wildlife Reserve.

“Melalui penceritaan berpandukan sains dan penerokaan interaktif, mereka menyaksikan keseimbangan ekosistem yang halus dan mengalami bagaimana segala-galanya dalam alam semula jadi ada kaitan,” ujarnya.

Exploria akan dibuka dari 11 pagi hingga 8 malam pada hari biasa, manakala pada hujung minggu serta cuti umum, waktu operasi dipanjangkan sehingga 9 malam.

Kemasukan berharga $38 untuk dewasa dan $28 untuk kanak-kanak dan pelajar.

Penduduk tempatan yang mempunyai keahlian digital WildPass menikmati diskaun
kemasukan pada $34.20 untuk dewasa, $25.20 untuk kanak-kanak dan pelajar, dan $20 untuk warga emas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg