Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teroka Melbourne bersama si cilik: Pererat hubungan tingkat pendidikan

Jadual perjalanan seminggu guna AI, teroka sekitar Melbourne sambil susuri Great Ocean Road
Jun 22, 2025 | 5:30 AM
Pemandangan lautan yang menghiasi Great Ocean Road di Melbourne, Australia.
Pemandangan lautan yang menghiasi Great Ocean Road di Melbourne, Australia. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Tidak seperti sesetengah pengembara lain yang selesa dengan konsep ‘go je’ atau ‘free and easy’ apabila mereka melancong, saya jenis yang perlukan perancangan teliti dan jadual perjalanan yang tetap.

Jadi sudah tentu saya ambil berbulan-bulan lamanya untuk atur jadual perjalanan, dari memilih penginapan hingga ke kegiatan yang bakal saya lakukan untuk percutian tersebut.

Namun bagi percutian saya ke Melbourne, Australia, Mei lalu, keputusan tersebut dibuat pada saat-saat terakhir.

Tiket ditempah pada April untuk penerbangan yang dijadual berangkat pada Mei.

Ikutkan diri, panik pula! Empat minggu untuk ‘settle’ kesemuanya?!

Tidak pernah dibuat saya.

Namun saya tidak sabar untuk mulakan perancangan kerana percutian pada Mei jatuh sewaktu musim kurang sibuk, justeru tidak perlulah saya berdepan dengan suasana dikerumuni ramai pengunjung lain.

Ini sesuatu yang penting bagi saya, sama seperti 47 peratus pengunjung lain yang berkata destinasi yang teramat sesak akan membuat mereka fikir dua kali sebelum berkunjung ke sana, berdasarkan tinjauan terkini daripada laporan Kemampanan & Perjalanan 2025 Booking.com.

Mujur, teknologi zaman kini yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) banyak membantu, tanpa saya perlu susah payah ‘membelek-belek’ ulasan pengembara berbeza yang membuat catatan di laman web masing-masing.

Saya pun ke Booking.com, wadah perjalanan digital yang memang saya biasa gunakan sejak bertahun lalu.

Menggunakan ciri ‘AI Trip Planner’ atau Perancang Perjalanan AI, saya menaip ‘Rancang jadual perjalanan lapan hari yang sesuai untuk kanak-kanak dan diisi kegiatan alam semula jadi’.

Tidak sampai seminit, jawapan lengkap tertera.

Walaupun saya tidak ikut sepenuhnya jadual perjalanan yang disarankan, ia memberi saya titik permulaan yang baik dalam perancangan saya.

Saya kerap gunakan ciri AI tersebut untuk mendapat jawapan dengan cepat, contohnya ‘Zoo mana yang benarkan kami memegang koala?’ – yang saya dapati sangat berguna.

Saya kemudian menyesuaikan jadual perjalanan tersebut mengikut citarasa sendiri.

Apa yang sangat memudahkan adalah tempahan saya semua dilakukan menerusi Booking.com – penerbangan, kereta, penginapan mahupun kegiatan – dengan maklumatnya dikumpulkan dalam satu wadah.

Usah lupa dapatkan visa untuk ke Australia seawal mungkin.

Saya hampir terlupa, dan mujur permohonan saya diluluskan dalam masa beberapa jam sebelum keberangkatan saya.

Berikut jadual perjalanan saya selama seminggu bersama suami dan dua anak kecil:

Kami berangkat dari Singapura ke Melbourne menerusi penerbangan langsung pada waktu malam, bersama Qantas, yang memakan masa dalam tujuh jam.

Jika boleh, pilih tempat duduk barisan pertama yang memberi ruang kaki lebih luas dan menempatkan basinet.

Saya sarankan ibu bapa ambil penerbangan malam bagi percutian jarak jauh supaya si cilik lebih mudah tidur dan anda juga dapat berehat – kumpulkan tenaga itu untuk melayan mereka setibanya di destinasi nanti!

Hari Pertama:

Kami tiba di lapangan terbang Melbourne sekitar 5.30 pagi, dan terus menuju ke Avis untuk mengambil kereta sewa Subaru Forester yang cukup besar.

Di Australia, semua kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun perlu gunakan tempat duduk yang dikhaskan untuk bayi dan kanak-kanak, yang turut kami sewa juga.

Kereta sewa Subaru Forester ditempah daripada Avis.
Kereta sewa Subaru Forester ditempah daripada Avis. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Dalam proses menyewa kereta, saya juga telah mengambil insurans bersama Booking.com.

Ini memberi saya ketenangan minda kerana sudah tahu terdapat perlindungan sekiranya apa-apa berlaku pada kereta sewa tersebut dalam perjalanan kami.

Kami sarapan dan alas perut di kafe Halal, Albertchino Cafe.

Sementara menunggu waktu ‘check-in’, kami menuju ke Pantai Brighton dan bergambar di Kotak Mandi atau ‘Bathing Boxes’ berwarna-warni – suatu yang popular dilakukan dalam kalangan pelancong.

Pantai Brighton terkenal untuk Kotak Mandi berwarna-warni.
Pantai Brighton terkenal untuk Kotak Mandi berwarna-warni. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami kemudian singgah di Eastern Halal Butcher untuk membeli sosej halal untuk dimasak di apartmen kami.

Penginapan pertama kami ialah Meriton Suites, hotel apartmen mewah, yang terletak di pusat bandar tengah Melbourne, dekat dengan pelbagai kemudahan.

Ruang tamu Meriton Suites di Melbourne.
Ruang tamu Meriton Suites di Melbourne. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami diberi ‘free upgrade’ oleh pihak hotel – terdapat ruang tamu, bilik tidur, lengkap dengan dapur untuk memasak dan mesin basuh serta mesin pengering.

Hari Kedua:

Oleh kerana ada kemudahan memasak, saya siapkan sarapan di dalam apartmen dan sempat memasak bekal tengah hari untuk kami sekeluarga.

Destinasi pertama ialah Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery, yang terletak sekitar 59 kilometer jauh.

Memandangkan musim luruh, dedaun di pokok dan yang sudah gugur begitu indah dipandang mata dengan warna kemerah-merahan.

Dedaun di pokok warna kemerah-merahan disebabkan musim luruh.
Dedaun di pokok warna kemerah-merahan disebabkan musim luruh. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami kemudian melihat proses cokelat dibuat sebelum menjamu aiskrim dan air ‘hot chocolate’ yang dijual di sana, mmm sedap sangat!

Anda boleh tanya kakitangan di sana perisa aiskrim mana yang tidak mengandungi alkohol atau gelatin.

Minuman ‘hot chocolate’ di Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery.
Minuman ‘hot chocolate’ di Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Setelah puas menikmati manisan tersebut, kami menuju ke Buxton Trout & Salmon Farm untuk kegiatan memancing.

Ladang ikan tersebut mengandungi beberapa kolam yang menempatkan ikan salmon dan trout berdasarkan saiz.

Ia menjadi pengalaman pendidikan bagi anak-anak kami yang teruja melihat ikan dikail.

Kegiatan ini sesuai untuk mereka yang di tahap ‘beginner’ kerana kami sendiri kali pertama memancing dan mendapati ia seronok!

Suami penulis, Encik Jefnilham Jamaludin memancing di ladang ikan Buxton Trout & Salmon Farm.
Suami penulis, Encik Jefnilham Jamaludin memancing di ladang ikan Buxton Trout & Salmon Farm. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT
Penulis dan keluarga menangkap ikan trout di Buxton Trout & Salmon Farm.
Penulis dan keluarga menangkap ikan trout di Buxton Trout & Salmon Farm. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Dalam perjalanan pulang ke pusat bandar Melbourne, kami singgah di United Muslim Migrants Association (UMMA), di Doncaster untuk solat.

Kami kemudian menjamu Bowltiful, yang menjual mi daging Lanzhou, untuk makan malam.

Hari Ketiga:

Kami memulakan hari dengan kopi panas dari Project Zero Coffee yang terletak di luar lobi Meriton Suites, sebelum menuju ke Moonlit Sanctuary sekitar 63km jauh.

Moonlit Sanctuary merupakan antara sebilangan kecil taman haiwan yang memberi peluang untuk kami bersentuhan dengan beruang koala – haiwan asal Australia – dengan bayaran tambahan.

Penulis, Cik Nur Humaira Sajat, bersama suami, Encik Jefnilham Jamaludin dan anak-anaknya (dari kiri), Muhammad Ihsan Jefnilham dan Muhammad Uwais Jefnilham bergambar dengan koala di Moonlit Sanctuary.
Penulis, Cik Nur Humaira Sajat, bersama suami, Encik Jefnilham Jamaludin dan anak-anaknya (dari kiri), Muhammad Ihsan Jefnilham dan Muhammad Uwais Jefnilham bergambar dengan koala di Moonlit Sanctuary. - Foto-foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Cadangan tersebut telah diberikan tatkala saya sedang menggunakan ciri AI di Booking.com.

Anak-anak saya juga kesukaan memberi makan kanggaru, walabi dan itik yang bebas berkeliaran di kawasan perlindungan haiwan itu.

Penulis bersama anaknya, Muhammad Uwais Jefnilham, memberi makan kepada kanggaru di Moonlit Sanctuary.
Penulis bersama anaknya, Muhammad Uwais Jefnilham, memberi makan kepada kanggaru di Moonlit Sanctuary. - Foto JEFNILHAM JAMALUDIN

Kami singgah di Islamic Council of Victoria untuk solat, dan kemudian menjamu selera di kedai menjual burger enak, Fat Jak’s di St Kilda.

Kedai burger Fat Jak’s terletak di St Kilda.
Kedai burger Fat Jak’s terletak di St Kilda. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Setelah kenyang, kami bersiar-siar di kawasan St Kilda, yang mempunyai banyak kedai menjual aiskrim dan gelato.

Hari Keempat:

Akhirnya, pengembaraan untuk menyusuri Great Ocean Road yang terkenal bermula!

Titik permulaan Great Ocean Road.
Titik permulaan Great Ocean Road. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Terbanyak banyak titik perhentian di sepanjang laluan tersebut untuk pengunjung berhenti sementara untuk bergambar, tetapi kerana terlalu banyak dan ingin kejar waktu, kami pilih untuk singgah di Gibson Steps, Lord Arch Gorge dan The Razorback.

Pemandangan dari The Razorback di Great Ocean Road.
Pemandangan dari The Razorback di Great Ocean Road. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT
Di Gibson Steps, pengunjung perlu turun tangga untuk berjalan-jalan di pinggir laut.
Di Gibson Steps, pengunjung perlu turun tangga untuk berjalan-jalan di pinggir laut. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami juga memandu lalu Twelve Apostles yang merupakan tarikan popular dalam kalangan pengunjung.

Kami isi perut dengan hidangan ‘fish and chips’ di salah satu kedai yang menjual makanan laut di Port Campbell, sebelum menuju ke penginapan seterusnya di Daysy Hill Country Cottages.

Ruang dalaman penginapan di Daysy Hill Country Cottages.
Ruang dalaman penginapan di Daysy Hill Country Cottages. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Suasana penginapan kami kali ini sangat menenangkan, dikelilingi kehijauan subur, bak dalam kampung cuma lebih indah disebabkan cuacanya yang dingin.

Pada masa lapang, kami juga berpeluang berjalan-jalan di pekarangan penginapan itu dan dapat melihat kambing biri-biri meragut rumput.

Hari Kelima:

Keesokannya, rancangan kami ialah untuk pulang ke pusat bandar Melbourne.

Mereka yang tidak mahu jadual terlalu padat dinasihati memperuntukkan lebih hari untuk teroka Great Ocean Road jika mahu lebih santai.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Mariner’s Lookout yang terletak di Apollo Bay.

Untuk sampai ke puncak, hanya perlu mendaki berjalan kaki dalam 10 minit sahaja,

Tiba di atas, mata saya disajikan dengan pemandangan sangat memukau.

Pemandangan dari Mariner’s Lookout yang terletak di Apollo Bay.
Pemandangan dari Mariner’s Lookout yang terletak di Apollo Bay. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami kemudian mengisi perut, kali ini di Apollo Bay Fishermen’s Co-op, dengan hidangan segar udang galah, ikan, kerang (scallop) dan udang.

Untuk solat, kami singgah di Masjid Besar Melbourne.

Kami kemudian ke Pacific Werribee, pusat membeli-belah yang menempatkan beberapa kedai makan halal – yang saya sendiri dapat temui sekitar lima.

Setelah kenyang, kami menuju ke penginapan terakhir, Pan Pacific Melbourne.

Ruang dalaman bilik Pan Pacific Melbourne.
Ruang dalaman bilik Pan Pacific Melbourne. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Bagi tempahan hotel jenama mewah ini, saya menikmati diskaun di bawah program kesetiaan Booking.com, Genius.

Pengguna yang mendaftar bersama wadah tersebut dapat menikmati diskaun dan kelebihan ketika membuat tempahan, contohnya sarapan percuma, naik taraf bilik percuma, bergantung kepada tahap Genius anda.

Pihak hotel juga memberi saya ‘free upgrade’ dan saya dibelanja pemandangan panaroma bandar Melbourne yang bercahaya pada waktu malam.

Tingkapnya yang luas daripada lantai ke siling menyejukkan mata saya dengan pemandangan tak terhalang.

Pemandangan bandar yang bercahaya dari bilik di Pan Pacific Melbourne.
Pemandangan bandar yang bercahaya dari bilik di Pan Pacific Melbourne. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Apa yang membuat penginapannya semakin memuaskan adalah apabila saya mendapat tahu bahawa hartanah ini mempunyai pensijilan kemampanan pihak ketiga – sesuatu yang 67 peratus pengunjung Singapura merancang untuk cari apabila menempah penginapan percutian mereka seterusnya.

Hari Keenam:

Kami meninggalkan pusat bandar Melbourne untuk ke Koala Conservation Reserve, yang jauhnya kira-kira 136km.

Hutan simpanan tersebut menyediakan suasana bebas bagi pejalan kaki bersiar-siar di pelantar laluan untuk memerhati koala pada jarak dekat dalam habitat semula jadi mereka.

Terdapat juga pameran kecil yang mendidik pengunjung tentang kehidupan koala.

Penulis, Cik Nur Humaira Sajat dan anaknya bersiar-siar di Koala Conservation Reserve untuk mencari koala yang hidup dalam habitat semula jadi.
Penulis, Cik Nur Humaira Sajat dan anaknya bersiar-siar di Koala Conservation Reserve untuk mencari koala yang hidup dalam habitat semula jadi. - Foto JEFNILHAM JAMALUDIN

Untuk makan tengah hari, kami singgah di Phillip Island Kebabs sebelum berkunjung ke pantai Cape Woolamai.

Pantai Cape Woolamai.
Pantai Cape Woolamai. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami kemudian menuju ke Pulau Churchill, pengalaman penuh pendidikan di mana anak-anak saya dapat mengusap kuda, melihat bulu kambing biri-biri dicukur, memerah susu lembu, mengejar ayam yang berkeliaran, dan menyaksikan bagaimana anjing gembala digunakan untuk mengurus dan mengawal kambing biri-biri ternakan.

Pertunjukan bulu kambing biri-biri dicukur di Pulau Churchill.
Pertunjukan bulu kambing biri-biri dicukur di Pulau Churchill. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT
Anak penulis, Muhammad Uwais Jefnilham, memerah susu lembu di Pulau Churchill.
Anak penulis, Muhammad Uwais Jefnilham, memerah susu lembu di Pulau Churchill. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Bagi kesemua kegiatan hari tersebut, kami menempah tiket awal bersama Booking.com, jadi proses masuk ke tarikan demikian sangat lancar sekali.

Kami singgah di Masjid Emir Sultan di Dandenong untuk solat, dan kemudian menikmati santapan makan malam di Warong Mummy di Springvale yang menghidangkan pelbagai lauk Melayu... terubat juga rindu saya!

Hari Ketujuh:

Sarapan kami di kafe halal baru Supersede Coffee, sangat memuaskan dengan sandwic bakarnya yang enak belaka.

Minuman Matcha Strawberi yang saya pesan juga sangat berlemak dan masih terasa-rasa di lidah saya sampai sekarang.

Minuman Matcha Strawberi di kafe Supersede Coffee.
Minuman Matcha Strawberi di kafe Supersede Coffee. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Kami kemudian menuju ke Queen Victoria Market yang ibarat bazar, untuk membeli cenderahati dan cemel-cemelan.

Puas membeli-belah, kami menuju ke lapangan terbang Melbourne pada waktu petang untuk pulang ke Singapura.

Rencana ini hasil kerjasama dengan Booking.com

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg