Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU

Terpaku dengan vokal, kesan khas muzikal 'Frozen'

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



KISAH hubungan akrab dua beradik yang terpisah kerana sumpahan yang terkena pada si kakak sehingga membinasakan kerajaan dan kediamannya menjadi beku, bukan satu-satunya isu yang diselongkar dalam muzikal Frozen The Hit Broadway Musical.



Ada kisah cinta sejati yang kadangkala tidak diundang tetapi terjadi ketika dua insan cuba mengatasi musibah yang melanda.



Terdapat juga perihal kepura-puraan manusia yang buat baik tetapi sebenarnya menyimpan muslihat dan rakus dek jiwa haloba merebut kuasa.



Muzikal Frozen yang kini dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands hingga 19 Mac ini cukup mempesona dan membawa dunia magis Disney di depan mata anda.



Dibawakan oleh Base Entertainment, Singapura merupakan satu-satunya perhentian di Asia Tenggara ini.



Lebih daripada setakat kagum dengan kisah Anna (lakonan Sarah O'Connor) yang bersahaja dan tidak gentar melakukan apa sahaja demi mendamba kasih kakaknya Elsa (Jemma Rix), yang tidak dapat mengawal kuasa untuk menyihir seluruh kota menjadi dingin, beku dan dilanda ribut salji, mata ini memandang penuh kagum dengan prop di atas pentas.



Daripada istana ais yang berkilauan bak mutiara hingga jambatan air batu yang dipanjat oleh Anna dan Kristoff (Brendan Xavier) yang menakjubkan - semuanya memukau perhatian.



Frozen bawa penonton terbang jauh ke dalam dunia puteri dan fantasi yang dipenuhi dengan 'troll' dan diwarnai manusia salji atau 'Snowman' bernama Olaf (Matt Lee) yang menghiburkan hati Anna.



Rasa cemas apabila seisi negara dilanda bahaya dan Anna pula memencilkan dirinya dan enggan bertemu dengan sesiapa menyelubungi jiwa penonton.



Cinta pandang pertama Anna dengan jejaka tampan Hans (Thomas McGuane) yang berada di awang-awangan rupanya hanya satu penipuan belaka.



Cuma seronok bak menonton filem Bollywood tatkala menyaksikan babak berkasih Anna dan Hans yang disampaikan dalam lagu Love Is An Open Door.



Sayangnya, Hans menyimpan muslihat. Dia mendekati Anna hanya untuk merebut kuasa kerajaan daripada Elsa. Apabila Anna yang jantungnya 'dibekukan', Elsa secara tidak sengaja mencari cinta sejati yang ternyata Hans bukan orangnya.



Keserasian lebih pada diri Anna dan Kristoff tatkala mereka meneruskan misi mencari dan memujuk Elsa dalam lagu What Do You Know About Love?



Wajar dipuji suara O'Connor dan Rix, dua pelakon muzikal mapan, yang menghayati watak mereka dengan begitu baik serta membawakan pesanan dalam lagu Let It Go dan True Love dengan penuh jiwa raga.



Buat julung-julung kalinya penulis dapat melihat muzikal lain daripada lain yang turut menekankan unsur kesan khas seperti pertukaran baju sekelip mata, pancaran visual pada prop untuk wujudkan suasana realistik serta koreografi yang padu oleh pelakon pembantu sehingga baju mereka yang bak kelambu tiba-tiba menjadi bak struktur batu kelabu.




► Tiket antara $88 dengan $268 bagi Frozen The Hit Broadway Musical boleh ditempah di laman Sistic atau Marina Bay Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >