Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tidak manis jika pengacara bertelagah: Sarimah Ibrahim

Oct 18, 2023 | 4:01 PM
TEKANKAN SIKAP PROFESIONAL: Che Puan Sarimah Ibrahim berharap golongan pengacara tidak sewenang-wenangnya bertelagah di pentas atau di balik pentas kerana ini menampakkan sikap yang tidak profesional.
TEKANKAN SIKAP PROFESIONAL: Che Puan Sarimah Ibrahim berharap golongan pengacara tidak sewenang-wenangnya bertelagah di pentas atau di balik pentas kerana ini menampakkan sikap yang tidak profesional. - Foto INSTAGRAM CHE PUAN SARIMAH

Pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim, 45 tahun, menegur sikap segelintir selebriti yang bermasam muka sehingga menyerlahkan sisi tidak profesional mereka ketika menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengacara.

Menurut Sarimah, pengacara hanyalah tulang belakang yang membantu menghidupkan sesuatu acara namun mereka bukanlah bintang di dalam majlis tersebut.

“Saya tidak boleh tengok artis bergaduh di atas pentas mahupun di belakang pentas dan jadikan perkara ini tentang mereka. Sekali lagi saya tekankan mengacara adalah kerja menghibur, bukan saling berdebat dan ingin menang.

“Biarkan peserta di atas pentas lebih bersinar sementara kita menjadi tulang belakang yang positif buat mereka,” katanya menerusi satu ciapan di wadah X (dulu dikenali sebagai Twitter).

Menurut laman Utusan Online, penyanyi Kini Kau Tiada itu menegaskan teguran itu ditujukan secara umum tanpa niat menyindir mana-mana pihak.

“Nasihat ini bukan ditujukan kepada sesiapa, hanya teguran secara umum. Tapi siapa yang makan cili, tahu-tahulah ya. Kita semua boleh perbaiki kerja kita,” tambahnya.

Sarimah baru-baru ini mencuri perhatian apabila memuat naik status yang didakwa seakan-akan mempersoalkan pertelingkahan yang berlaku antara pengacara rancangan televisyen popular, All Stars Gegar Vaganza.

Baru-baru ini, Elly menerusi ‘Instastory’ meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak-pihak berkenaan yang dirasakan bersikap sombong dan telah menjatuh hukum ke atas dirinya.

Elly juga mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan pengunduran selaku hos program, All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Ketua Saluran Astro Ria, Cik Norzeha Mohd Salleh dalam sidang media pada Ahad pula berkata pihaknya tidak menghalang malah sentiasa membuka pintu sekiranya Elly ingin kembali dalam program itu.

“Saya tidak boleh tengok artis bergaduh di atas pentas mahupun di belakang pentas dan jadikan perkara ini tentang mereka. Sekali lagi saya tekankan mengacara adalah kerja menghibur, bukan saling berdebat dan ingin menang. Biarkan peserta di atas pentas lebih bersinar sementara kita menjadi tulang belakang yang positif buat mereka.” 
Che Puan Sarimah Ibrahim, pengacara dan penyanyi Malaysia.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg