Ramai pelakon wanita yang kemungkinan besar akan melonjak gembira jika berpeluang untuk berlakon dengan Shah Rukh Khan. Bagaimanapun, reaksi empat pelakon berikut cukup berbeza. Mengapa agaknya? Ikuti penilaian laman Siasat.Com.
Ratu Kontroversi filem Bollywood, Kangana, 36 tahun, tidak pernah berlakon dengan ‘3 Khan’ dalam industri Bollywood, baik Shah Rukh, Salman ataupun Aamir. Katanya, beliau tidak melihat projek yang dijayakan kelak akan membawa pada hayat yang panjang jika berurusan dengan ketiga-tiganya.
Menyentuh tentang Shah Rukh, 57 tahun, beliau berkata:
“Tuan Shah Rukh, saya peminat besar anda. Tetapi sayangnya, laluan seni kita takkan bertembung sebab saya tak yakin projek itu akan berjaya.”
Mungkin Kangana berasakan penonton akan terlampau fokus pada Shah Rukh dan bukan dirinya jika ada kerjasama bersama.
Anak perempuan pelakon veteran Anil Kapoor, Sonam, 38 tahun, muncul dalam industri Bollywood menerusi filem Saawariya pada 2007. Bagaimanapun sepanjang kerjaya 14 tahun, beliau tidak pernah berkongsi ruang lakon dengan Shah Rukh.
Menurutnya, tiada keserasian dan tidak cantik dipandang penonton jika beliau berlakon dengan Shah Rukh kerana jarak usia yang jauh (hampir 20 tahun) dengan Raja Bollywood itu.
Ameesha, 47 tahun, sudah hampir dua dekad menyinari industri filem Bollywood. Namun, beliau tidak pernah bekerja dengan Shah Rukh. Menurutnya dengan yakin, penonton tidak akan sukakan keserasiannya bersama Shah Rukh yang padanya tidak wujud.
Shah Rukh mula memasuki industri Bollywood menerusi filem Deewana pada 1992. Beliau kemudian bekerjasama dengan pelakon veteran Hema Malini, kini 74 tahun, yang mengarahnya bagi filem Dil Aashna Hain.
Sungguhpun begitu, Hema secara terus terang berkata beliau enggan bekerjasama dengan Shah Rukh yang dianggap ‘over’ dan tidak mempunyai kemahiran lakonan yang dianggap baik dari kaca mata ‘orang lama’ sepertinya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg