Hampir setiap bulan, ada sahaja saluran podcast baru yang dihasilkan dalam kalangan anak Melayu Singapura untuk terbitan di wadah penstriman Spotify.

Sudah menjadi trend atau ikut-ikutan ramai untuk beralih ke wadah podcast, sama ada untuk meluah rasa, berbincang tentang isu yang mampu memberikan kesedaran atau memaparkan kisah sebenar atau jerih payah kehidupan sebagai iktibar.