Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tukang gunting 'Tak Bisa' ketepi muzik

Dalam kesibukan layan pelanggan bakat S'pura Khairil Ardy bikin lagu rege baru
Jan 16, 2023 | 05:30 AM



DARI 11 pagi hingga 9 malam setiap hari, penggiat seni Singapura Khairil Ardy Samad memotong rambut pelanggan di kedai gunting The Golden Rule Barber Co dekat Race Course Road.



Pada masa terluang, Khairil, 30 tahun, mencipta lagu dan menyanyi.



Kreativiti itu disalur melalui kerjasama dengan studio penerbitan muzik The Wonda Factory, yang menurutnya adalah pihak pertama menerima karyanya.



Sebelum ini, beliau ke sana ke mari untuk mengemukakan kerja seninya tetapi tiada rezeki bekerjasama dengan sesiapa.



Dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini, Khairil, yang mengeluarkan lagu baru Tak Bisa Jumaat lalu, berkata:



"Lagu ini amat bermakna buat saya sebab ia merupakan yang pertama saya hasilkan dan bawa sebagai karya demo dari satu studio ke studio lain.



"Akhirnya The Wonda Factory yang menerima lagu ini, tetapi kami mengambil keputusan mengeluarkan lagu Casanova terlebih dahulu.



"Saya akur bahawa sesebuah lagu itu perlu mudah dihadam dan memiliki rentak yang 'catchy' untuk menarik perhatian pendengar.



"Berbanding Casanova, Tak Bisa mempunyai kekuatan lebih dari segi lirik.



"Saya harus berterima kasih kepada pengasas The Wonda Factory, Fahzil Ross (Roslan), kerana sudi menerima saya dan lagu ini.



"Maklum, ia kerja seni pertama saya. Saya tak pasti apakah bahasa pada seni katanya 'okay' dan segalanya sedap didengar.



"Tapi saya yakin Tak Bisa adalah lagu rege yang mempunyai unsur malar segar. Ia menceritakan tentang seorang pemuda yang janggal atau canggung meluahkan isi hatinya kepada wanita yang diminati."



Menurut Khairil, lagu ini bersandarkan pengalaman peribadinya yang kadangkala kelu nak meluahkan apa yang terbuku di hati terhadap wanita idaman.



Rege menjadi pilihannya kerana ia santai dan lunak didengar sesiapa sahaja.



"Memamg rege sudah lama wujud tetapi budak zaman sekarang pun boleh kaitkan diri dengan irama ini, sebab ia menenangkan dan mewujudkan keceriaan," ujarnya, yang suka pelbagai genre muzik, daripada hip hop kepada rok dan pop legenda.



Antara penyanyi yang menjadi sumber inspirasinya ialah orang lama seperti Sting, Lionel Richie, Bob Dylan dan band Scorpions.



"Saya juga senang dengan konsep lagu rakyat Datuk M. Nasir yang memastikan segenap lapisan pendengar dapat menghadam maksud yang disampaikan dalam seni katanya. Yang penting, ada keikhlasan menyampaikan dan dengan cara itu, mudah sampai ke hati pendengar," katanya lagi.



Jumaat lalu, Khairil turut mengeluarkan video muzik Tak Bisa dan merancang mengadakan cabaran TikTok untuk memasarkan lagu ini.



"The Wonda Factory juga sudah beralih dari lokasi studio rumah di Bukit Batok kepada studio dengan ruang lebih besar di Hillview. Kami akan mengusahakan kegiatan termasuk persembahan dalam talian dengan adanya kemudahan itu.



"Saya bahkan senang bekerjasama dengan bos The Wonda Factory Fahzil kerana beliau memberi kebebasan bagi saya berkarya dan meluahkan kreativiti.



"Apabila saya dapat bekerjasama dengan bakat lain Singapura yang ada nama seperti Izat Ibrahim dan Zalelo dan lagu Berteman Di Hari Raya diputar di corong radio, ia adalah nikmat besar buat saya," katanya lagi.



Sesudah kerja mempromosikan lagu keduanya Tak Bisa dibereskan, Khairil akan beralih memberi tumpuan pada menghasilkan lagu buat bakat lain yang berurusan dengan The Wonda Factory.



Namun, Khairil masih meneruskan kerja sebagai tukang gunting rambut, yang sudah dilakukannya selama enam tahun.



Walaupun mempunyai kelulusan diploma kulinari dan perhotelan daripada Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Singapura (Shatec), Khairil berkata rezekinya lebih pada bidang gunting rambut.



"Saya banyak dapat inspirasi dan dorongan daripada bos saya, Yanto Sani, yang juga seorang pemuzik dan usahawan sekali gus. Saya bersemangat tengok Yanto meniaga dan tidak putus-putus mencari idea dan projek baru untuk beliau kembangkan.



"Kalau ada yang tanya apa persamaan antara bidang gunting rambut dengan menyanyi atau main muzik, saya rasa unsur empati atau memahami dan mengambil berat tentang keperluan orang lain adalah persamaannya.



"Dalam saya menggunting rambut pelanggan, saya belajar memberi khidmat terbaik tanpa menyinggung perasaan mereka. Saya cuba memahami cita rasa dan keperluan mereka.



"Perkara ini saya terapkan untuk kerja seni saya. Dalam hidup, kita mungkin tak mampu menyenangkan semua orang tetapi kita jangan sampai menyusahkan mereka," ujarnya.



Kesukaran pandemik Covid-19 yang turut menjejas pergerakan seni dan juga tugas tukang gunting rambut mengajar Khairil agar 'set semula' dirinya untuk kehidupan lebih positif.



"Saya mula bertinju seminggu sekali. Ia wadah paling sesuai dan sihat untuk keluarkan segala rasa bingit dan tekanan yang ada.



"Ia juga bantu saya kurangkan berat badan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >