Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tukar angin demi perkasa bahasa

Jun 4, 2023 | 8:30 PM
ZHIN SADALI: Selain berlakon dalam drama Suria, turut mengacarakan Manja.
ZHIN SADALI: Selain berlakon dalam drama Suria, turut mengacarakan Manja. - Foto fail

HASRAT hati dua bakat baru Singapura ini adalah memperkasa penggunaan bahasa Melayu dan kosa kata seharian.

Justeru, apabila dilamar untuk menjayakan drama dan program hiburan di saluran Mediacorp Suria, ia bak pucuk dicita, ulam mendatang.

Siapakah mereka?

RAE SALEHA

Usia: 30 tahun

Diurus Music & Drama Company dan mengacarakan pelbagai program termasuk menggantikan pengacara bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dalam bahasa Inggeris.

Menjayakan telefilem Korban, siri drama MastKill, telefilem Hari Raya Aidilfitri, Manisan Syawal serta program hiburan Sinar Lebaran 2023.

Memenangi Anugerah Pelakon Terbaik dalam Festival Web New Zealand dalam kategori naratif antarabangsa.

Apa katanya: “Saya teruja apabila diberi peluang berlakon dan menyanyi bagi saluran Suria. Harapan saya dapat mengacara pula. Beralih dari projek seni bahasa Inggeris ke projek seni dalam bahasa Melayu memberi saya pengalaman baru yang tidak dapat saya lupakan. Nak juga jadi pengacara suatu hari nanti di Suria. Tapi perlu gilap penguasaan bahasa Melayu saya dahulu.”

ZHIN SADALI

Usia: 30 tahun

Menjana kandungan bagi gerbang kembara dan gaya hidup TheSmartLocal.

Berlakon dalam drama Kecoh Kahwin dan telefilem Raya, Manisan Syawal

Kini pengacara rancangan infohiburan Manja selepas mengacara rancangan kanak-kanak Juara Mic Junior (Musim Kedua) dan Projek L.I.T di samping rancangan infopendidikan bertajuk Hilang.

Apa katanya: “Sejak saya lebih kerap muncul dalam rancangan Suria, saya terbiasa berbual dalam bahasa Melayu malah lebih selesa dengan bahasa ibunda. Jadi saya perlu cepat ‘beralih kod’ berbual dalam bahasa Inggeris pula.”

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg