Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Utkarsh Sharma tempah maut lari atas kereta api bergerak

Aug 28, 2023 | 05:31 AM



Nama pelakon Bollywood, Utkarsh Sharma, kian disebut-sebut karyawan industri filem di India kerana prestasi cemerlangnya dalam filem ‘pecah panggung’, Gadar 2.


Bagaimanapun, Utkarsh, 29 tahun, memberitahu laman Bollywood Hungama bahawa peranan yang dijayakan sebagai budak kecil bernama Jeete dalam filem pertama Gadar: Ek Prem Katha pada 2001 ketika berusia 10 tahun adalah lebih sukar daripada watak Jeete sudah dewasa.


Ini adalah kerana beliau bertarung antara hidup dengan mati sebab tiada langkah keselamatan yang diambil bagi babak aksi ketika itu.

“Saya kira pengalaman dalam filem pertama agak traumatik. Saya diminta lakonkan babak aksi yang berbahaya berbanding dalam filem kedua. Sekarang, bagi setiap babak aksi nekad, anda disokong kabel dengan keselamatan dijaga rapi. Anda tahu bagaimana nak elakkan kecederaan daripada berlaku.

“Beza dengan ketika itu. Banyak kerja percubaan dan eksperimen. Anda perlu ambil risiko. Kata pengarah, sama ada anda dapat rakaman babak yang cantik atau anda menempah maut!” jelasnya.

Utkarsh memberi contoh babak kemuncak filem pertama itu di mana Tara Singh berlari atas bumbung kereta api yang sedang memecut laju bersama anaknya Jeete.

“Babak kereta api di mana saya dan Sunny Deol selaku Tara Singh sedang berlari atas bumbung kereta api itu adalah yang kami betul-betul buat. Tiada layar hijau bagi membantu kerja kesan khas. Tiada kabel atau kain yang mengikat saya pada bahu Sunny.

“Sama ada nak dapatkan rakaman klip yang benar-benar mendebarkan atau kami benar-benar di hujung nyawa kami. Juruvideo pula berada dalam helikopter ‘Chopper’ dan mengambil klip itu dari langit biru. Kami pula hanya berhubung dengan walkie-talkie. Tiada telefon bimbit pada masa itu,” cerita Utkarsh lagi.

Menurutnya lagi, kru Gadar hanya tamat merakam adegan malam itu ketika cuaca semakin membimbangkan. Semua yang terlibat dalam filem itu tidak tidur selama 72 jam.


“Kesukaran yang kami hadapi terlampau banyak. Saya pula malu nak beritahu teman-teman saya di sekolah bahawa saya pelakon cilik yang bawa watak Jeete,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >