Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Vince Chong minta Aishah abai komen negatif, detoks dari media sosial

Oct 19, 2023 | 12:07 PM



Rakan duet Datuk Aishah dalam peraduan realiti All Stars Gegar Vaganza pada Ahad, Vince Chong, memberikan kata-kata semangat buat legenda itu yang teruk dikecam warganet gara-gara reaksinya yang nampak ketara kecewa dan dikatakan sukar menerima kegagalan.


Dalam satu hantaran Instagram, Vince, 44 tahun, yang merupakan juara Akademi Fantasia (Musim Pertama), menulis:


“Orang boleh kata apa yang mereka mahu. Tetapi mereka tidak boleh meragut gelaran legenda daripada seseorang yang benar-benar legenda.

“Saya berbesar hati dapat menjadi rakan duet Datuk Aishah. Sekarang ini kak... nikmati percutian anda dan habiskan masa bermutu dengan orang-orang yang menyayangi kakak.

“Abaikan komen negatif dan detoks dari media sosial. Ingatlah bahawa orang yang bising di media sosial itu tidak tahu betapa baik hatinya dan murah hatinya kakak.

“Kakak benar-benar melayan saya macam anak sendiri dan peluang berkongsi pentas dengan kakak adalah satu nikmat kesyukuran.

“Saya berpeluang beritahu kepada orang ramai saya berpeluang berduet dengan seorang legenda, Aishah daripada kumpulan The Fan Club, yang saya tonton dalam iklan Pepsi pada 1980-an apabila usia saya baru lapan tahun! Semoga kakak kian pulih dari segalanya. Sehingga kita bertemu lagi. Moga diberkati Tuhan.”

Awal daripada itu, Aishah menerima banyak kecaman dalam talian kerana memberi gambaran tidak senang dengan markah corot yang diberi kerana tidak tahu apa kesilapannya sehingga tersingkir daripada peraduan yang menggabungkan semua juara Gegar Vaganza (GV) daripada sembilan musim dan beberapa finalis GV yang diundi peminat.


Aishah, 58 tahun, berduet dengan Vince bagi lagu Ungu dan Rossa, Terlanjur Cinta, dan mendapat markah paling rendah iaitu 43.75 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >