Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivek stres semasa bercinta dengan Aishwarya gara-gara Salman Khan

Oct 16, 2023 | 5:30 AM
AISHWARYA RAI: Menafikan Vivek Oberoi pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu dan setakat menganggap pelakon yang dua tahun lebih muda daripadanya sebagai sahabat baik sahaja.
AISHWARYA RAI: Menafikan Vivek Oberoi pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu dan setakat menganggap pelakon yang dua tahun lebih muda daripadanya sebagai sahabat baik sahaja. - Foto REUTERS

Pada awal 2000, nama pelakon muda Vivek Oberoi naik gara-gara kehidupan peribadinya. Bagaimanapun, walau dianggap aktor paling tampan dan ‘hot’ ketika itu, hubungannya dengan jelitawan Aishwarya Rai membawa kesan buruk bagi kerjayanya.

Laman Bollywood Shaadis melaporkan Vivek, kini 47 tahun, telah mengimbas kembali detik penuh tekanan sewaktu beliau mula keluar dengan Aishwarya, kini 49 tahun, setelah Ratu Dunia itu putus cinta dengan pelakon mapan, Salman Khan.

“Salman tidak senang dengan hubungan kami. Saya langsung adakan sidang media menentang Salman dan mendedahkan bagaimana beliau mendera Aishwarya ketika mereka menjalin hubungan sebagai kekasih.

“Kami juga diancam Salman secara lisan,” cerita Vivek yang kini sudah berumah tangga dengan Priyanka Alva, anak Menteri Karnataka, Encik Jeevaraj Alva.

Menurutnya, sejak peristiwa itu, media memulaukan dirinya meskipun beberapa kali beliau menjelaskan sidang media itu adalah bagi menegakkan kebenaran dan melindungi Aishwarya.

Vivek teruk dikecam orang ramai kerana dianggap budak baru Bollywood yang tidak menyedari siapa dirinya.

Baginya, beliau pernah mengagumi lakonan Salman tetapi berubah fikiran tentang pelakon sasa itu selepas mendengar perkongsian Aishwarya.

Vivek dan Priyanka yang sudah 13 tahun membina mahligai kini mempunyai dua anak.

Vivek tidak pernah menafikan hubungan cintanya dengan Aishwarya walaupun isteri Abhishek Bachchan itu menganggap mereka hanya sahabat baik.

Sewaktu ditanya pengacara program sembang, Koffee With Karan, Karan Johar, mengenai hubungannya dengan Vivek, Aishwarya setakat berkata:

“Vivek adalah sahabat yang baik hati. Beliau sahabat akrab saya.”

Aishwarya dan Vivek hanya menjalin hubungan cinta selama dua tahun sahaja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg