SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Walau juri jemputan, Siti Nurhaliza tarik perhatian warganet di X

Walau juri jemputan, Siti Nurhaliza tarik perhatian warganet di X

Jul 15, 2024 | 8:17 PM

Walau juri jemputan, Siti Nurhaliza tarik perhatian warganet di X

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dianggap sebagai penyeri peringkat akhir peraduan realiti, ‘The Hardest Singing Show’, pada 14 Julai menarik perhatian warganet yang lebih banyak bersembang tentang kehadirannya daripada mengulas tentang finalis.
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dianggap sebagai penyeri peringkat akhir peraduan realiti, ‘The Hardest Singing Show’, pada 14 Julai menarik perhatian warganet yang lebih banyak bersembang tentang kehadirannya daripada mengulas tentang finalis. - Foto ASTRO

Datuk Seri Siti Nurhaliza hanyalah juri undangan peringkat akhir The Hardest Singing Show yang menggantikan tempat juri tetap, Datuk Seri Rossa, yang mempunyai acara khas untuk dihadiri di Indonesia.

Bagaimanapun, tarikan semberani penyanyi tersohor Malaysia ini begitu ketara apabila beliau menjadi bahan perbualan di aplikasi X bahkan lebih mendapat pujian berbanding peserta peraduan Astro yang memerlukan peserta membuat aksi nekad.

“Nasib baik Tok Ti datang. Kita macam tengok konsert walaupun satu lagu. Inikan peraduan menyanyi sebab menekankan vokal. Kalau tidak dah jadi macam The Hardest Circus Show! Semua peserta kena buat aksi loncat, terapung di udara dan main api atau duduk dalam bongkah air batu!” tulis seorang warganet yang menggunakan nama ‘MissTokitoki’.

Ada pula yang berkata Siti adalah penyeri panel juri kerana sentiasa tersenyum walaupun kadangkala kuat diusik pengacara Nabil Ahmad dan Rina Nose.

“Aku tengok Tok Ti ni tenang aje. Senyum dari awal sampai akhir. Inilah kebanggaan Nusantara,” tambah warganet bernama Sakti Perwira.

Dalam ulasannya, Siti banyak memberi motivasi kepada peserta meskipun apa yang cuba ditegur adalah mengenai vokal mereka yang kadangkala terjejas kerana lebih tumpuan diperlukan untuk aksi nekad.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg