Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Walau sibuk niaga jagung, Juffri Alui siap lagu baru

Nov 09, 2022 | 07:14 AM



Sudah menjadi aturan perjalanan hidup setiap anak seni yang dilahirkan di Singapura. Khusus buat mereka yang mahukan kerjaya yang lebih besar dan kebolehan untuk bekerja sepenuh masa sebagai penyanyi. Namun bagi mereka yang memilih melakukan kerja seni di sini, mereka perlu k menerima hakikat bahawa dunia seni hiburan di sini terlalu kecil untuk dikejar. Kerja seni hiburan kebanyakannya dilakukan umpama pekerjaan sambilan atau hobi sahaja di Singapura. BERITA HARIAN bertemu dengan penyanyi dan bakat muda Singapura yang masing-masing merupakan pemilik perniagaan makanan dan dandanan rambut.



PENGIKUT personaliti tempatan Ahmad Aljuffri Ahmad Alui atau lebih dikenali sebagai Juffri Alui, mungkin mengenali beliau sebagai seorang yang periang dan rancak berniaga jagung.



Namun banyak sebenarnya yang disembunyikan dalam mengharungi hidup berumahatangga dan perniagaan.



Ketika namanya mula dikenali, pada 2019, beliau dilanda dugaan yang berat untuk dikongsi pada umum, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal hati.



Jejaka yang berusia 30 tahun dan bertubuh sasa ini menyembunyikan kisah perceraiannyademi melindungi bekas isterinya daripada kemungkinan terkena kecaman warganet atau peminat tegar Juffri.



Juffri yang pada ketika itu baru kehilangan pekerjaan sepenuh masa sebagai Pengurus Penyambut Tetamu di sebuah pusat hiburan, mendapati kesihatan mentalnya tidak stabil serta kehidupannya mula tidak teratur.



Dalam interviu eksklusif dengan Berita Harian, beliau terbuka berkongsi kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan bekas isteri yang dikenali selama lima tahun sebelum mendirikan rumah tangga.



"Sedih merupakan satu contoh perasaan yang terlalu 'basic' kalau saya gunakan. Ia ibarat dunia yang hijau, bersih dan nyaman serta-merta hilang dan bertukar kepada alam yang gelap, negatif dan huru-hara. Begitulah gambaran perasaan dan hidup saya pada ketika itu," kongsi penyanyi lagu Teguh itu.



Lebih menyayat hati apabila Juffri harus melalui detik dan fasa perpisahan itu bersendirian di rumah.



"Waktu itu Singapura dalam fasa awal pemutus rantaian, undang-undang terlalu ketat dan kita mahu atau tidak, harus kekal di dalam rumah. Dan saya kurang bernasib baik sebab seorang diri dan tiada teman untuk berbicara ataupun berkongsi apa yang bermain di minda saya. Saya mendapati sukar untuk berfikiran positif, lebih lagi bila dunia yang saya bina dari muda dahulu, terus hilang begitu sahaja,



"Saya ambil masa lebih dua tahun untuk secara perlahan lepaskan kenangan lalu dan perlahan-lahan, move on, sambil mengingatkan diri saya bahawa kini adalah masa untuk mulakan bab baru dalam kehidupan saya," kongsi pemilik Mat Jagung Sg.



Jika dilihat pada akaun media sosial, dirinya sering kelihatan sibuk dengan perniagaan kedai jagung itu kerana beliau melakukannya seorang diri.



"Saya mulakan operasi menjual jagung pelbagai perisa ini secara online di Instagram dan dek kerana sambutannya yang sangat hangat, saya membuat keputusan membuka kedai di estet perumahan Sembawang.



"Bukan apa, lebih mudah dan selesa untuk saya menjalankan operasi harian, rumah tidak berselerak dan saya tidak lagi ada pekerjaan di rumah." kongsinya sambil tertawa.



Selain memberi tumpuan pada perniagaannya, Juffri turut berkongsi perancangannya untuk kembali ke dunia muzik.



"Saya rindu bernyanyi, saya rasa saya perlu 'perah' jus-jus kreatif daripada minda saya dan siram pada minat pertama saya, nyanyian.



"Saya secara senyap sebenarnya sudah mempersiapkan lagu baru. Saya hanya menunggu waktu sesuai untuk dilancarkan," kongsi Juffri.



"Saya berkolaborasi dengan Shawal dari kumpulan The Sally's serta Ariff dan Zulhilmi, peserta rancangan realiti di saluran Suria, Projek Lagu.



"Seni kata yang ditulis untuk lagu ini, ia seolah Surat Cinta saya yang terakhir untuk bekas isteri saya.



"Tidak semua perpisahan harus berakhir dengan cara negatif, kami berdua terima ketentuan dan urusan Allah, saya terima dan reda kami berpisah dan supaya dirinya meneruskan kehidupan bersama yang baru," kongsi Juffri lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >