Jenama wangian mewah, Maison Margiela Fragrances, kini menawarkan pengalaman unik di kedai ‘pop-up’ mereka di rumah kedai yang terletak di 265 Beach Road.

Dari 1 hingga 18 Mei, House of Memories, mengajak pengunjung menyusuri pengalaman deria yang menampilkan koleksi haruman paling ikonik bagi koleksi Replica – dengan zon bertema.