Semua orang mahukan rambut yang kuat, bersinar dan mudah diurus.
Namun, untuk mendapatkan rambut yang sihat bukanlah sesuatu yang mudah.
Ramai antara kita berdepan dengan pelbagai masalah rambut seperti keguguran, kekeringan atau rambut bercabang yang boleh menjejas kesihatan rambut.
Berikut lapan langkah mudah yang boleh diamalkan untuk menguatkan rambut, merangsang pertumbuhan dan menjaga kesihatan rambut secara menyeluruh, seperti yang disarankan, Cik Aisah Ibramsah, dan panduan tambahan daripada laman web, Healthline:
Alat pelurus dan pengeriting boleh melemahkan rambut, terutama bagi mereka yang berambut halus atau kering.
Hadkan penggunaan kepada dua hingga tiga kali seminggu dan pilih suhu rendah.
Gunakan produk pelindung haba sebelum menggayakan rambut.
Rambut memerlukan nutrien penting agar tumbuh sihat.
Pastikan anda mendapat vitamin yang cukup seperti Vitamin A (ubi keledek, lobak merah); Vitamin B (biotin seperti kuning telur, kekacang); Vitamin C (oren, strawberi); Vitamin D (ikan berlemak, susu); Vitamin E (badam, bayam); zat besi (daging merah, bayam) dan mineral zink (daging lembu, biji labu)
Jika sukar mendapatkannya melalui pemakanan, pertimbangkan suplemen tetapi rujuk doktor dahulu.
Urutan selama empat minit sehari dapat meningkatkan aliran darah ke folikel rambut dan merangsang pertumbuhan.
Gunakan hujung jari dan gerakkan dalam bulatan secara perlahan.
Rambut terdiri daripada protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan rambut gugur.
Ambil lebih banyak telur, ikan, daging tanpa lemak, bayam, kekacang dan bijirin.
Kuning telur kaya dengan protein dan vitamin penting.
Campurkan tiga kuning telur dengan tiga hingga empat sudu minyak kelapa suam.
Sapukan pada kulit kepala dan rambut, tutup dengan penutup mandi dan biarkan 15 minit sebelum bilas dengan air sejuk.
Air panas boleh membuka kutikel rambut dan menyebabkan kekeringan.
Bilas rambut dengan air sejuk selepas mencuci untuk mengunci kelembapan.
Campurkan minyak kelapa dan minyak avokado.
Panaskan sedikit (usah terlalu panas), sapukan pada kulit kepala dan rambut, tutup dengan penutup mandi dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Ia dipercayai dapat membantu melembapkan dan menguatkan rambut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg