Sempena sambutan Hari Ibu 2025, manjakan insan tersayang dengan menjamu selera di 21 on Rajah, Aloft Singapore Novena!
Buat kali pertama, restoran yang diiktiraf halal ini mempersembahkan Bufet Bertemakan Thai hasil gandingan tiga cef mampan – Cef Punyapa Jirapot dan Cef Sitthipong Kosakon dari Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort, bersama Cef Eksekutif, 21 on Rajah, Cef Melvin Lim.
Nikmati gabungan cita rasa Mediterranean dan Asia yang memikat, sambil menikmati lebih 30 hidangan autentik Thai yang disajikan secara bergilir.
Gaeng Keow Wan Gai (Kari Hijau Ayam Thai)
Ayam empuk dimasak dalam kuah kari hijau berkrim yang kaya dengan herba segar, santan, dan perisa seimbang manis dan masam.
Kra Pao Nua (Daging Lembu Basil Thai)
Daging cencang yang digoreng bersama bawang putih, cili dan daun basil wangi.
Pad Thai Talay (Kuetiau Goreng Laut)
Mi beras leper digoreng bersama udang segar dan sos asam manis yang membuka selera.
Tom Kha Gai (Sup Ayam Santan Thai)
Sup harum dan menyegarkan, diperkaya dengan santan, lengkuas, serai dan daun limau purut.
Khao Neaw Ma Muang (Pulut Mangga)
Hirisan mangga Thai ranum bersama pulut panas dan kuah santan manis lemak berkrim.
Bufet Makan Tengah Hari 1-untuk-1 setiap hari hanya daripada $28++ seorang!
Hari Ibu (9 hingga 11 Mei 2025)
Mak makan percuma dengan setiap tiga dewasa yang membayar (untuk makan malam sahaja).
Hari Bapa (13 hingga 15 Jun 2025)
Ayah turut makan percuma dengan setiap tiga orang dewasa yang membayar (untuk makan malam sahaja).
Harga bermula daripada $56++ untuk makan tengah hari dan $68++ untuk makan malam.
Tempoh promosi berlangsung hingga 30 Jun 2025.
Usah lepaskan peluang meraikan ibu tersayang dengan gaya ‘Bufet Thai: Sedap Mak Mak!’
Alamat: 1 Jalan Rajah, Aloft Singapore East Wing, Singapura 329133
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg