Pengguna Berdaftar
Buku panduan jaga warga emas lahir daripada kasih, ilmu
Seruan penulis agar anak-anak faham makna sebenar bakti kepada ibu bapa
Nov 5, 2025 | 5:30 AM
Walaupun telah lama berhijrah ke Perth, Australia, Dr Nur Yakin M. Ali, rasa tanggungjawab terhadap orang tua di Singapura tidak pernah lentur.
Walaupun beliau sibuk dengan tugasan penyelidikan dalam bidang penjagaan warga emas untuk tesis ijazah kedoktoran di Universiti Edith Cowan di negara tersebut, fikirannya sering melayang ke Singapura.

