Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wanita
40
0

Denmark negara terbaik untuk wanita

Dec 26, 2023 | 03:07 PM



Denmark ialah negara terbaik di dunia untuk wanita, menurut Indeks Keamanan dan Keselamatan Wanita (WPS) 2023, yang dilancarkan pada Oktober oleh Misi Norway ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Negara itu mendapat markah tiga kali lebih tinggi daripada Afghanistan, yang menduduki tempat paling rendah dalam indeks yang sama.

Indeks WPS, yang diterbitkan oleh Institut Keamanan dan Keselamatan Wanita Universiti Georgetown (GIWPS) dan Institut Penyelidikan Keamanan Oslo (Prio), menggunakan sumber data yang diiktiraf untuk mengukur kemasukan, keadilan dan keselamatan wanita di 177 negara.

Denmark, Switzerland, Sweden, Finland dan Luxembourg mendahului kedudukan negara teratas untuk wanita, manakala Afghanistan, Yaman dan Republik Afrika Tengah berada di antara yang paling rendah.

“Negara di mana wanita berada dalam keadaan baik adalah lebih makmur, aman, demokratik dan lebih bersedia bertindak balas terhadap kesan perubahan iklim,” kata Cik Elena Ortiz, alumni Universiti Georgetown yang merupakan penulis utama laporan tersebut.

GIWPS menghasilkan indeks setiap tahun, menggunakan 13 penunjuk untuk mengukur status wanita, dari sudut pendidikan dan pekerjaan kepada undang-undang dan kedekatan dengan konflik.

Indeks pada 2023 memperkenalkan penunjuk baru yang mengukur keganasan politik menyasarkan wanita – fenomena yang semakin meningkat di seluruh dunia, kata Cik Ortiz.

Data mendedahkan bahawa Mexico, Brazil, Nigeria, Republik Demokratik Congo dan Myanmar mencatatkan kadar keganasan politik tertinggi terhadap wanita pada 2022.

Denmark adalah satu daripada hanya 13 negara di mana semua wanita mempunyai akses kepada akaun bank – ia adalah salah satu daripada 14 negara dengan kod undang-undang saksama jantina sepenuhnya, dan mendapat markah tertinggi bagi akses wanita kepada keadilan.

Di Afghanistan pula, secara purata wanita telah menjalani pendidikan di sekolah kurang dari tiga tahun; kurang 5 peratus wanita mempunyai akses ke akaun bank mereka sendiri, dan lebih 90 peratus wanita tinggal berdekatan kawasan dengan konflik bersenjata.

Kadar kematian kaum ibu di Afghanistan pula adalah antara 10 yang paling teruk di dunia.

Negara di mana wanita menunjukkan prestasi yang baik mendapat markah lebih tinggi dari segi keamanan, demokrasi dan kemakmuran, menurut hubung kait antara Indeks WPS dengan indeks sejagat lain.

Malah, kesan itu lebih berkait rapat dengan status wanita berbanding Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).

Menurut laporan Indeks WPS, 2022 merupakan tahun paling buruk dalam rekod kematian berkaitan konflik sejak Genosid Rwanda pada 1994.

Berdasarkan data dari tahun itu, 600 juta wanita, iaitu 15 peratus populasi wanita di dunia, menetap berdekatan dengan kawasan konflik bersenjata.

Bagaimanapun semua negara mempunyai ruang memperbaiki prestasi masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >