Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Idea hadiah penuh cinta sempena Hari Ibu

May 7, 2025 | 5:30 AM
LEGO® Botanical.
Set LEGO® Botanical. - Foto LEGO®

Setiap kali tibanya Hari Ibu, yang tahun ini jatuh pada 11 Mei 2025, kita diingatkan tentang wanita luar biasa yang menjadi tonggak keluarga – yang cekap mengimbangi kerjaya, kesihatan dan keluarga dengan penuh gaya dan tenang.

Sama ada beliau seorang eksekutif yang sibuk, penggemar bidang kecergasan, ratu dapur di rumah atau ibu baharu, yang pasti, beliau wajar dirai dengan hadiah istimewa dan bermakna.

Bagi anda yang mencari hadiah 2025, berikut antara idea praktikal yang boleh menyentuh hati ibu tersayang:

Set Bunga LEGO® yang Kreatif

Raikan Hari Ibu 2025 dengan sesuatu yang unik dan tahan lama – set LEGO® Botanical. Dengan pilihan seperti Flower Bouquet (10280), Pretty Pink Flower Bouquet (10342), dan Wildflower Bouquet (10313).

Anda boleh menghasilkan jambangan bunga yang disusun mengikut cita rasa ibu.

Dari 9 hingga 12 Mei, kunjungi reruai ‘pop-up’ LEGO di Suntec City untuk kegiatan menarik, bawa pulang bunga LEGO percuma, reka gubahan bunga sendiri, atau sertai sesi ‘Make and Take’ untuk kenangan manis bersama keluarga.

Pembaca e-Buku: Kobo atau Kindle

Untuk ibu yang gemar membaca, hadiahkan sebuah pembaca e-buku seperti Kobo atau Kindle.

Dengan sambungan ke aplikasi OverDrive, Kobo membolehkan ibu meminjam eBook dan buku audio dari perpustakaan awam Singapura – satu cara mudah untuk mengisi masa lapang dengan ilmu dan hiburan.

Sesi Fotografi Keluarga Profesional

Biasanya ibu yang sibuk merakam gambar ahli keluarga, jadi kali ini, berikan peluang beliau menjadi tumpuan lensa!

Hadiahkan sesi fotografi keluarga profesional – sama ada gambar keluarga besar, potret ibu dan anak atau sesi materniti. Foto itu pasti akan menjadi kenangan berharga sepanjang hayat.

Lilin Beraroma yang Menenang

Untuk ibu yang menghargai suasana rumah yang wangi, lilin beraroma daripada jenama seperti, Misty Daydream, Sally’s Room dan Oyasumi Scents adalah pilihan tepat.

Beberapa jenama itu turut menawarkan khidmat peribadi – dengan ukiran nama ibu pada lilin, menambah sentuhan sentimental.

Ilustrasi Potret Keluarga

Jika anda inginkan hadiah yang menyentuh emosi, tempah ilustrasi potret keluarga yang comel dan unik.

Pelukis seperti By Craft Room boleh mengabadikan detik istimewa keluarga, termasuk haiwan peliharaan sekali.

Bahkan, kini anda juga boleh menggunakan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membuat ilustrasi keluarga anda dengan cepat dan hampir tanpa kos besar.

Beg Peribadi Eksklusif

Hadiahkan ibu beg jinjing atau tote bag yang dikhususkan – lengkap dengan namanya.

Jenama seperti, Sometime By Asian Designers, dan The Imprint menawarkan pelbagai pilihan praktikal dan bergaya, sesuai untuk melengkapkan rutin harian ibu.

Set Periuk Baru yang Bergaya

Jika ibu anda seorang ‘cef’ di rumah, apa kata segarkan dapur beliau dengan set periuk baru daripada, Le Creuset, Midori, Cosmic Cookware atau Neoflam?

Bukan sahaja, ia dikatakan bermutu tinggi, malah reka bentuknya menambah seri dapur moden.

Papan Pintu ‘Do Not Disturb’

Untuk ibu yang sukar mencari masa peribadi, papan pintu “Do Not Disturb” (Usah Diganggu) boleh menjadi hadiah lucu yang praktikal – memberi isyarat manis kepada anggota keluarga supaya beri ruang untuk ibu menikmati masa ‘me time’ walaupun sekejap.

Hari Ibu adalah masa terbaik untuk kita tunjukkan penghargaan kepada insan yang banyak berkorban tanpa mengira penat lelah.

Dengan pilihan hadiah praktikal dan bermakna, pastinya Hari Ibu 2025 akan menjadi kenangan manis buat mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg