Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yang mana satu epok-epok pilihan kalbu?

Epok-epok adalah salah satu gorengan istimewa yang paling digemari penduduk Singapura dengan harganya kurang $2 sekeping. Senarai empat kedai epok-epok yang berbaloi untuk dikunjungi adalah atas usulan pembaca BERITA HARIAN yang menyertai tinjauan ‘Kaki Makan’ di Instagram baru-baru ini. Antara gerai epok-epok kegemaran peribadi pembaca kami adalah Epok-Epok Yang, Cerita Epok Epok, #MakanBoleh dan Epok-Epok Jahlicious.
Jul 15, 2023 | 5:30 AM
JUAL DENGAN IKHLAS: Pemilik gerai Yang’s Epok-Epok, Cik Yang Hassan, menjual setiap keping epok-epok pada harga 70 sen.
JUAL DENGAN IKHLAS: Pemilik gerai Yang’s Epok-Epok, Cik Yang Hassan, menjual setiap keping epok-epok pada harga 70 sen. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
DIBUAT TANGAN: Setiap keping epok-epok dibuat dengan tangan manakala epok-epok sardin dikelim menggunakan garfu.
DIBUAT TANGAN: Setiap keping epok-epok dibuat dengan tangan manakala epok-epok sardin dikelim menggunakan garfu. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pelanggan sanggup beratur panjang bagi menikmati epok-epok di Yang’s Epok-Epok di Pusat Makanan Bedok.

Dengan kulit luaran yang tipis dan rangup, epok-epok ini menjadi kegemaran dengan inti padat dan dijual pada harga 70 sen setiap satu.

Resipi epok-epok buatan tangan itu diturunkan kepada pemilik kedai, Cik Yang Hassan, oleh neneknya.

Makanan ringan yang digemari ramai ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelanggan yang membuatkan Cik Yang mengubahnya menjadi perniagaan.

View post on TikTok

“Kami memulakan kedai itu pada 1993 dan menjual nasi padang tetapi menyedari persaingan wujud kerana kedai lain turut menjual hidangan yang sama. Kami juga tidak mahu ia kelihatan seperti kami mengambil pelanggan daripada mereka. Justeru, kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penjualan epok-epok pada 2019,” tambah Cik Yang.

Setiap epok-epok dijual pada harga yang berpatutan kerana Cik Yang mahu memastikan ia mampu dimiliki oleh pekerja asing dan golongan yang kurang berkemampuan.

Seawal 9 pagi, Cik Yang sekeluarga akan mula mengelim epok-epok sardin dan epok-epok kentang. Epok-epok kentang dikelim tangan, manakala sardin epok-epok dikelim menggunakan garpu tidak seperti kedai lain yang menggunakan dakwat berwarna merah.

Epok-epok berwarna coklat keemasan itu mudah rapuh apabila digigit.

“Resipi epok-epok sardin mungkin serupa dengan kedai lain tetapi doh kami sememangnya terbaik dan tidak mudah untuk ditiru kerana ia mampu kekal rangup dalam jangka masa yang lama,” kongsi Cik Yang.

Epok-epok kentang di sini pula mempunyai rempah kari yang kaya aroma serta sedap dimakan, manakala epok-epok sardin mempunyai keseimbangan rasa pedas dan manis.

Dengan harga yang berpatutan dan mutu epok-epok yang baik, ramai pelanggan akan membeli secara pukal dan membuat tempahan awal.

Setiap hari, kedai Yang’s Epok Epok boleh menjual sehingga 3,000 keping epok-epok sehari.

“Cara kami menyediakan makanan adalah seolah-olah kami menyediakannya untuk keluarga kami. Dengan mutu makanan yang baik dan keikhlasan menyajikan makanan kami, ia telah membina kesetiaan dalam kalangan pelanggan kami.”

Selain epok-epok, gerai Yang’s Epok-Epok juga menjual mi soto, mi rebus, sate dan pisang goreng.

Disebabkan permintaan tinggi, sebuah cawangan baru akan dibuka di Aljunied tahun ini. Ia akan menawarkan pelbagai jenis epok-epok.

Alamat: 1 Bedok Rd, Pusat Makanan Bedok Corner, Gerai 4, Singapura 469572

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam setiap Rabu hingga Ahad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg