Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apabila rindu bertamu, Cef Amri tukar angin dan kembali masak

Jul 07, 2023 | 04:02 PM



Rindu memasak dan berinteraksi bersama pelanggan secara peribadi merupakan sebab mengapa Cef Amri Abdul Azim kembali memasak sepenuh masa di dapur demi meneroka persekitaran baru.

Cef Amri yang dikenali ramai sebagai pemilik restoran Le Steak, yang menjual beraneka hidangan stik, kini berpindah dari Jalan Kayu dan membawa jenamanya ke tempat yang baru di 10 Jalan Pisang.

Bekerjasama dengan restoran Okra, sebuah restoran menjual hidangan shellout (makanan laut yang dituang di atas meja untuk dimakan beramai-ramai), restoran yang diusahakan bersama Cef Amri itu kini dinamakan Okra x Le Steak by Chef Amri.


Ia memberi lebih tumpuan kepada hidangan stik, yang menjadi kegemaran ramai pelanggan setia Cef Amri.

“Selepas 12 tahun, saya kembali semula memasak di dapur. Rindu sangat masak untuk pelanggan. Sekian lama asyik mengendalikan perniagaan sahaja tetapi sekarang, saya ingin masak dan menyajikan hidangan untuk pelanggan.

“Pada mulanya ada juga rasa keliru atau out of touch sedikit sebab sudah lama tidak masak di dapur restoran tapi selepas beberapa hari sudah okay. Momentum saya kembali lagi.


“Selain itu, memasak di dapur juga membolehkan saya kekal aktif. Kalau uruskan perniagaan sahaja, lain jadual dan kurang gerakan berbanding memasak, ” jelas Cef Amri, 46 tahun, kepada Berita Harian baru-baru ini.


Cef Amri telah mengalami kemalangan kenderaan pada 2017 yang menyebabkan angin ahmar menyerang tangannya. Beliau kemudian dikesan menghidapi barah kerongkong. Kesihatan mentalnya terjejas teruk pada waktu itu dan perniagaannya juga tidak terkecuali dilanda badai ketika itu.

Dengan rawatan yang konsisten, Cef Amri semakin pulih dan menggunakan peluang baru itu untuk kembali ke dapur untuk menyemarakkan lagi semangat dan minatnya yang tercetus suatu masa dahulu.

Justeru kembali memasak juga bermakna lebih pergerakan dan ia menjadi salah satu kegiatan pemulihan buatnya secara tidak langsung untuk kekal aktif.

Bapa dua anak itu turut meluahkan keinginan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan cef muda.

Berkat pengalamannya dari sekolah kulinari dan juga pengurusan restoran-restorannya selama ini, ia telah memberikan beliau perspektif yang lebih mendalam berkaitan industri makanan dan minuman (F&B).

Beliau pernah bekerja sebagai konsultan bagi pembekal daging di Singapura dan pada masa yang sama, beliau menguruskan tiga restoran, termasuk sebuah restoran di Jakarta.







“Setelah kajian dan semakan di kawasan Arab Street ini, terdapat beberapa restoran menjual stik. Namun antara keistimewaan stik kami di Okra x Le Steak by Chef Amri adalah hidangan daging anak lembu yang diberi susu.

“Dagingnya berwarna putih berbanding daging biasa yang merah. Rasanya juga lebih berlemak dan perlukan tempoh bakar yang padat,” kongsi Cef Amri mengenai bahan-bahan premium yang digunakan dalam menunya.

Antara keunikan masakan restoran itu adalah penggunaan arang untuk membakar hidangannya berbanding gas ataupun gril elektrik.







Dengan arang, protein yang dibakar akan menyerap asap, perisa dan bumbunya juga lebih rata dan aroma asap atau ‘smokey’ tercapai dengan setiap hidangan.

Restoran setingkat itu menyediakan ruang yang lebih intim dengan tidak lebih 30 pelanggan setiap masa.

“Dengan reka bentuk yang lebih intim ini, saya dapat berinteraksi dengan pelanggan, mereka juga boleh lihat saya masak kerana dapurnya juga terbuka,” ujar Cef Amri.

Beliau turut berkongsi perancangan untuk menyediakan hidangan bagi tempahan berkumpulan ataupun pengalaman mempesona bagi beberapa jenis sajian.

Ramai pelanggan setia Le Steak yang minat dengan masakan Cef Amri di Jalan Kayu menyambut gembira kepulangan jenama tersebut.

Pada 2018, jenama Le Steak bertukar kepada Steak Me, di mana beliau menjadi konsultan cef.

“Selama lebih sedekad saya berniaga di kawasan Jalan Kayu. Saya rasa memindah dan bekerjasama dengan Okra adalah satu pilihan yang baik kerana saya dapat bekerja di persekitaran yang baru dan juga menyumbang dan memberi nafas baru kepada Jalan Pisang ini,” ujar beliau yang telah melancarkan pembukaan Okra x Le Steak by Chef Amri pada 5 Jun lalu.

Menurut beliau, pajakan kedainya di Jalan Kayu masih di bawah namanya namun ruang itu akan diambil alih oleh seorang lagi cef yang akan menguruskan sebuah restoran Turkey.

Okra x Le Steak by Chef Amri menawarkan beraneka hidangan stik, bermula dengan harga $24.90 bagi hidangan utama.

Bagi promosi pembukaan restoran itu, pelanggan boleh menikmati hidangan stik ‘ribeye’ dengan harga $18.90 daripada $37.90 dengan setiap pembelian hidangan utama lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >