Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yoga udara bantu mantapkan sendi, pupuk yakin diri

Oct 23, 2024 | 5:30 AM
Cik Allynna Chua, 35 tahun, seorang konsultan yang telah mengikuti kelas di Avoyoga sejak awal 2024, berkata beliau mengikuti latihan di studio itu tidak lama selepas mengalami kecederaan kaki.
Cik Allynna Chua, 35 tahun, seorang konsultan yang telah mengikuti kelas di Avoyoga sejak awal 2024, berkata beliau mengikuti latihan di studio itu tidak lama selepas mengalami kecederaan kaki. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Konsultan yang telah mengikuti kelas di Avoyoga sejak awal 2024, Cik Allynna Chua, 35 tahun, berkata beliau mengikuti latihan di studio itu tidak lama selepas mengalami kecederaan kaki yang menyebabkan kakinya terpaksa menjalani pembedahan memasukkan besi.

“Sebelum itu, saya sertai pelbagai kelas menari sebagai sebahagian rejim senaman saya.

“Tetapi sejak cedera di bahagian kaki, saya perlu berhati-hati dengan pergerakan dan yoga udara ini merupakan paling sesuai dan selamat untuk saya.

“Saya belajar menahan diri, mengembalikan kekuatan otot dan mencari keseimbangan apabila berdiri dan berjalan. Yoga udara membantu saya lebih fokus,” kata Cik Chua.

Seorang lagi pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Cik Liyana’, 26 tahun, berasakan yoga udara membantu tubuh badannya agar lebih fleksibel dalam pergerakan dan beliau lebih yakin diri mendekati masyarakat.

“Setiap tahap pergerakan menggunakan buaian bermula dengan kesukaran.

“Tetapi apabila kita dapat mengatasi kesukaran mencapai gerak itu, ia menjadi nikmat dan kemudian kita akan mencabar diri untuk melakukan gerak yang lebih sukar dan mencabar,” kata beliau, seorang pekerja sosial.

Seorang lagi, yang hanya mahu dikenali dengan panggilan ‘Cik Siti’, berkata yoga udara telah banyak membantu beliau mengendurkan tekanan fikiran selain memperbaiki pergerakan tubuhnya.

Beliau, yang kini antara tenaga pengajar di Avoyoga, berkata:

“Dulu saya takut untuk memanjat buaian dan tak yakin dapat melakukan pergerakan yang sukar. Tetapi saya dilatih dari tahap ke tahap sehingga akhirnya saya mampu buat pergerakan yang sukar.

“Saya suka cabar diri saya untuk mencapai tahap yang paling sukar tetapi memastikan ia tetap selamat dan memberi manfaat kepada diri saya.”

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg