Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yusof Haslam derma RM380,000 untuk mangsa letupan Putra Heights

May 2, 2025 | 5:14 PM
Datuk Yusof Haslam sedia bantu mangsa letupan Putra Heights dengan RM380,000 ($116,000) jika ‘Blood Brothers: Bara Naga’ capai kutipan RM60 juta.
Datuk Yusof Haslam sedia bantu mangsa letupan Putra Heights dengan RM380,000 ($116,000) jika ‘Blood Brothers: Bara Naga’ capai kutipan RM60 juta. - Foto INSTAGRAM GABRIEL_NAGA

Atas dasar simpati, Datuk Yusof Haslam mahu menghulurkan bantuan RM380,000 ($116,000) kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Selangor, pada awal April.

Yusof berkata niat itu akan dilaksanakan jika filem aksi terbaru terbitan Skop Productions berjudul Blood Brothers: Bara Naga meraih kutipan lebih RM60 juta.

“Ketika filem ini mahu ditayangkan, tragedi letupan gas baru berlaku. Saya simpati apabila ada rumah kawan-kawan saya terjejas akibat kejadian itu.

“Saya juga ada melihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menghulur sumbangan kepada mangsa. Justeru, saya bincang dengan isteri niat jika kutipan filem ini lebih daripada Sheriff: Narko Integriti, kita akan hulur sumbangan.

“Kita akan keluarkan RM380,000 sebagai pemberian ikhlas saya. Insya-Allah, kita laksanakan akhir bulan ini (Mei). Mungkin melalui tabung diusahakan TV3 atau cara lain, iaitu menggunakan saluran pihak berkuasa tempatan,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Ulu Kelang, Selangor, pada 1 Mei.

Yusof yang juga pengarah filem pecah panggung Sembilu dan Sembilu 2 percaya setiap rezeki yang Allah swt kurnia, ada rezeki orang lain, lapor Berita Harian Malaysia.

“Apabila Allah beri kita rezeki, bukan untuk kita sahaja. Kita ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Sebelum ini, ada juga orang dalam kesusahan datang rumah saya sepanjang Ramadan minta bantuan. Kita beri apa yang kita mampu.

“Malah, ada yang berhutang dengan ceti, datang rumah minta bantuan. Bagi tidak menghampakan mereka, kita bantulah seikhlas hati,” katanya.

Filem Blood Brothers: Bara Naga pada 1 Mei dilapor mengaut kutipan RM62 juta dalam tempoh 20 hari tayangan, sekali gus melebur rekod kutipan filem Sheriff: Narko Integriti pada 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg