Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Zamani sakit lagi di tulang belakang, kesal ponteng ‘fisio’

Dec 19, 2023 | 01:33 PM



KUALA LUMPUR: Selepas setahun menjalani pembedahan penyakit skoliosis, penyanyi Zamani mendedahkan bahawa dirinya kini mula berasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakangnya.


Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 52 tahun, rasa tidak selesa itu mula timbul apabila beliau terlalu sibuk bekerja dan tidak menjalani rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor.

“Sejujurnya saya tidak tahu rasa sakit ini masalah besar atau kecil. Memang saya akan berjumpa dengan doktor pada 21 Disember ini untuk lihat sama ada masalah berpunca daripada tempat ikat benang atau benda lain,” ujar Zamani.

Gara-gara rasa sakit, vokalis kumpulan Slam itu menyesal tidak melakukan rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seni, lapor laman web, Kosmo! Online.

Malah, penyanyi lagu, Gerimis Mengundang, itu juga diselubungi perasaan takut andai beliau terpaksa menjalani pembedahan semula.


“Salah seorang peminat saya juga ada penyakit yang sama dan telah menjalani pembedahan tetapi terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi selepas beberapa tahun. Maknanya sekali bedah bukan jaminan untuk terus sihat.

“Jadi, saya terus rasa takut dan menyesal tidak menjaga kesihatan betul-betul. Takut sebab saya tidak mahu buat pembedahan sekali lagi,” kata Zamani yang ditemui pada sidang media, Concert UK’Slam Musical baru-baru ini.


Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, Kuala Lumpur pada 7 November 2022.

Justeru itu, Zamani mula memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada kesihatannya dan juga Concert UK’Slam Musical yang akan berlangsung pada 3 Februari 2024 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.


“Bimbang nanti waktu konsert orang tidak datang sebab sudah terlalu banyak tonton persembahan percuma. Itu hakikat yang memang perlu kita telan,” ujar Zamani.

“Jadi, selain kurangkan persembahan pentas, saya mula jalani latihan untuk konsert lebih awal. Saya juga mula berjumpa doktor dan menjaga stamina.

“Apa yang boleh dilakukan demi sebuah persembahan terbaik, saya usahakan kerana tidak mahu menghampakan peminat,” kata Zamani.

Buat julung kalinya, kumpulan Slam akan bergabung dengan kumpulan UK’s dalam Concert UK’Slam Musical anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Amir UKs Entertainment.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >