SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Zarina Zainuddin mohon maaf dek muat naik gambar netizen ‘hina’ rupanya

Zarina Zainuddin mohon maaf dek muat naik gambar netizen ‘hina’ rupanya

May 27, 2024 | 4:38 PM

Zarina Zainuddin mohon maaf dek muat naik gambar netizen ‘hina’ rupanya

Pelakon and usahawan, Zarina Zainuddin, hilang semangat apabila terima hinaan warganet menerusi media sosial.
Pelakon and usahawan, Zarina Zainuddin, hilang semangat apabila terima hinaan warganet menerusi media sosial. - Foto INSTAGRAM ZARINA ZAINUDDIN

Pelakon Zarina Zainuddin memohon maaf atas kekhilafan memuat naik foto seorang pengguna laman sosial yang menghina wajahnya baru-baru ini.

Zarina berkata, beliau memuat naik permohonan maafnya ke Instagram (IG) selepas menerima teguran suami, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar, dan anak-anak.

“Saya ada memuat naik gambar wanita yang ‘mengata’ wajah saya dalam IG. Bagaimanapun, suami tegur dan mahu saya minta maaf kerana saya tak patut seperti ini.

“Saya hanya manusia biasa, ada hati dan perasaan. Bila orang hina, saya hilang semangat,” kata Zarina.

Zarina berkata kepada Berita Harian Malaysia (BHM), keterlanjurannya memuat naik gambar individu yang menghina wajahnya didorong perasaan tertekan apabila perubahan hidung dan bibirnya sering dipertikaikan.

“Orang kata saya lagi cantik dulu sebelum buat hidung, bibir. Sudahlah asyik cakap benda sama.

“Ada yang kata sekarang nampak tua. Memang saya sudah tua, berusia 54 tahun, badan sudah kurus, muka jadi kecil.

“Dulu saya sudah beritahu, saya buat pembedahan resdung dan betulkan kembali hidung saya yang kembang.

“Bibir hanya ‘filler’, nanti larut sendiri dan lama-lama hilang sebab teknik rawatan sekarang tak macam dulu,” katanya lagi.

Apa yang dikesalkan, kata Zarina, ramai membuat rawatan sepertinya, tetapi tidak dikecam.

“Tetapi kenapa saya sering dijadikan sasaran sehingga adakala membuatkan saya sedih?

“Macam-macam saya nak hadap, ada sahaja komen menyakitkan hati. Saya tak boleh kembali ke wajah dulu, terimalah saya seadanya.

“Saya jadi sedih bila orang hina saya buat pembedahan resdung sebab alami migrain dan vertigo.

“Anda tiada hati dan perasaan ke? Saya bukan lawa pun, kalau lawa sudah jadi heroin filem,” katanya lagi.

Zarina pernah menjayakan pelbagai filem seperti Sumpahan Berdarah (1989), Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah KaisaraGerak KhasTeduhan KasihSurah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Antara drama lakonannya pada 2023 adalah Bukan Lelaki Terhebat, Bukan Puteri Lindungan Bulan dan Rajuk Karina.

Selain itu, ibu empat anak itu kini sibuk berniaga pulut kuning di Malaysia dan Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg