Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

IMDA peruntukkan masa Siaran Politik Parti, Siaran Politik Kawasan Undi di radio dan TV

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

IMDA peruntukkan masa Siaran Politik Parti, Siaran Politik Kawasan Undi di radio dan TV

Jul 01, 2020 | 04:58 PM



PENGUASA Pembangunan Media Infokom (IMDA) telah memperuntukkan siaran radio dan televisyen percuma untuk Siaran Politik Parti (PPB) dan Siaran Politik Kawasan Undi (CPB) semasa pilihan raya umum (GE) 2020.



Sejak GE 1980, parti politik yang mengemukakan sekurang-kurangnya enam calon di bawah simbol parti yang dikenali layak bagi siaran udara percuma radio dan televisyen PPB.



Jumlah masa siaran yang diperuntukkan ditentukan oleh bilangan calon yang diketengahkan parti, kata kenyataan IMDA pada Rabu (1 Julai).



Aturan bagi PPB ditentukan oleh bilangan calon yang bertanding dengan parti mempunyai bilangan calon paling sedikit akan disiarkan dahulu manakala parti mempunyai paling ramai calon akan disiarkan terakhir.



Bagi GE 2020, dua slot PPB akan disiarkan di 19 saluran televisyen dan radio pada:



- Khamis, 2 Julai 2020, dari 8 malam; dan

- Khamis, 9 Julai 2020, dari 8 malam.



Sementara itu, CPB diperuntukkan sebagai aturan khas sekali sahaja bagi GE 2020 memandangkan keadaan Covid-19 sekarang ini, kata IMDA.



CPB memberi parti politik dan calon lebih banyak masa untuk menyampaikan mesej kepada pengundi.

Masa siaran yang diperuntukkan bagi semua calon dalam GE 2020 adalah seperti berikut:



- SMC, tiga minit bagi setiap calon

- GRC, 12 minit bagi GRC empat anggota dan 15 minit bagi GRC lima anggota.



CPB akan disiarkan di Mediacorp Channel 5 pada 3–8 Julai 2020, mulai 7 malam, tambah IMDA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >