Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Permohonan Ketua RP Jeyaretnam pendekkan SHN ditolak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Permohonan Ketua RP Jeyaretnam pendekkan SHN ditolak

Jun 25, 2020 | 11:14 PM



SETIAUSAHA Agung Agung Parti Pembaharuan (RP) Kenneth Jeyaretnam harus menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) apabila pulang dari United Kingdom, setelah permohonan beliau agar tempoh itu dipendekkan ditolak Kementerian Kesihatan (MOH).



Menjawab pertanyaan media, MOH dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (25 Jun) berkata:



“MOH telah menilai permohonon Encik Jeyaratnam untuk memendekkan tempoh notis jangan keluar rumah (SHN) setiba beliau dari United Kingdom. Atas sebab kesihatan awam, MOH tidak dapat menunaikan permohonan itu.



“Encik Jeyaratnam lantas dikehendaki menyelesaikan SNH selama 14 hari di kemudahan SHN yang ditetapkan, dan menjalani ujian Covid-19 di akhir tempoh SHN, seperti warga Singapura lain yang pulang dari United Kingdom.”



Encik Jeyaratnam telah ke United Kingdom untuk melawat anaknya yang menuntut di sana.



Encik Jeyaratnam, 61 tahun, tidak akan dapat menyelesaikan tempoh SHN sebelum Hari Penamaan Calon pada 30 Jun dan hanya akan dapat melakukannya pada Hari Bertenang, sehari sebelum Hari Mengundi pada 10 Julai.



Namun, dengan Akta Pilihan Raya Parlimen (Aturan Khas Covid-19) 2020, calon yang ingin bertanding boleh memberi kuasa kepada seorang wakil untuk menghantar kertas pencalonan bagi pihaknya jika tidak sihat atau tidak dapat melakukannya disebabkan arahan kuarantin atau SHN.



“Sementara Encik Jeyaratnam menjalani SHN, beliau boleh memberi kuasa kepada seorang wakil untuk menghantar kertas pencalonan bagi pihaknya sekiranya dia ingin bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. 



“Beliau juga dapat memohon Sijil Derma Politik dan Sijil Minoriti (sekiranya beliau adalah calon minoriti dalam GRC) dan membayar deposit pilihan rayanya secara dalam talian di laman web Jabatan Pilihan Raya,” kata MOH dan ELD.



“MOH bersedia memberi Encik Jeyaratnam akses kepada orang yang diperlukan agar beliau boleh mengeluarkan Surat Kuasa, dan juga membuat pengisytiharan berkanunnya bahawa kenyataan yang dibuat dalam kertas pencalonannya adalah benar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >