Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Fuad Rahman & Tom Sah Bergelar Suami Isteri, Pilih Nikah Di Batam Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Fuad Rahman & Tom Sah Bergelar Suami Isteri, Pilih Nikah Di Batam Indonesia

Feb 26, 2023 | 03:58 PM



Kuala Lumpur : Penyanyi sensasi Singapura, Fuad Rahman, 43 tahun, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya yang juga penyanyi, Tom, 36 tahun, di Batam, Indonesia, selepas Zuhur, pada Ahad.



Pengurus Tom iaitu Alan Ahmad berkata, pasangan itu memilih bernikah di negara jiran bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.



Alan menyatakan tarikh yang dirancang adalah 5 Mac namun telah dipercepatkan. Kata Alan, pasangan itu mempunyai alasan tersendiri memilih untuk bernikah di luar Malaysia.



Sementara itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata mereka menghalalkan hubungan dulu. Katanya, majlis persandingan akan diadakan selepas Hari Raya nanti.



Terbaru, Tom telah memuat naik foto dia memakai inai di jari dan memegang cincin menerusi laman Instagram (IG).



Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.



Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9). - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >