Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Al-Quran dan hadis tentang memburu kebaikan

Aug 04, 2023 | 06:00 AM



Mengejar keampunan dan
balasan syurga

Allah swt membawa satu pendekatan motivasi dan semangat kepada hamba-Nya iaitu pendekatan berlumba-lumba untuk mengerjakan amalan kebaikan bagi mendapat keampunan dan balasan syurga. Firman Allah swt dalam surah Al-Hadid, ayat 21 yang bermaksud:

“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

Memburu ketaatan dan amal soleh

Perlumbaan untuk melakukan ketaatan dan amal soleh yang berterusan sepertimana yang diceritakan Allah swt melalui sikap Nabi Zakaria melalui firman-Nya melalui surah Al-Anbiya’, ayat 90 yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”

Mengangkat darjat manusia

Umat Islam digalak berlumba-lumba untuk meraih apa yang disediakan oleh Allah swt sehingga mampu mengangkat dan meninggikan darjat manusia. Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah akan kekal dan berterusan tanpa batas. Hal ini bertepatan firman Allah swt dalam surah An-Nahl, ayat 96 yang bermaksud:

“Apa yang di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”

Perlumbaan secara sihat

Rasulullah saw menggalakkan perlumbaan secara sihat dengan mencari sebanyak-banyaknya kebaikan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak seperti sabda Rasulullah saw:

“Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta itu pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu itu serta diajarkannya kepada manusia lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersegera untuk beramal

Untuk ditempatkan dalam syurga yang penuh nikmat sebagai ganjaran atas segala amalan kebaikan yang dilakukan di dunia, umat Islam perlu bersegera mengerjakan amalan-amalan kebaikan bagi mendapatkan keredaan dan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt. Hadis daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Segeralah beramal dengan amalan kebaikan sebelum tiba tujuh perkara. Apakah yang kamu nantikan selain papa yang melupakan atau kekayaan yang menyombongkan atau penyakit yang merosakkan atau tua yang nyanyuk atau mati dengan tiba-tiba atau tibanya Dajal yang merupakan sejahat-jahat makhluk yang ditunggu-tunggu atau datangnya hari kiamat. Maka hari kiamat itu adalah lebih berat dan lebih mengerikan.” (Riwayat at-Tirmizi).

Mengajak orang lain ke arah kebaikan 

Umat Islam dituntut melakukan kebaikan selain mengajak orang lain ke arah kebaikan. Apa saja bentuk keburukan dan kemungkaran ditegah Islam secara mutlak. Rasulullah saw juga menjelaskan usaha menyebarkan kebaikan menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.(Hadis riwayat Muslim)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >