Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amalan yang disaran dalam Muharam

Jul 21, 2023 | 5:30 AM
BERKONGSI REZEKI: Pembahagian makanan seperti bubur dan sebagainya kepada jiran tetangga adalah amalan yang digalakkan, termasuk di bulan Muharam.
BERKONGSI REZEKI: Pembahagian makanan seperti bubur dan sebagainya kepada jiran tetangga adalah amalan yang digalakkan, termasuk di bulan Muharam. - Foto hiasan

Muharam memiliki makna dan keistimewaan tersendiri bagi Muslim di seluruh dunia.

Di bulan ini, kita diingatkan akan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah, dan peristiwa terkenal yang terjadi pada 10 Muharam, juga dikenali dengan nama Hari Asyura.

Muharam memberi kesempatan melakukan pelbagai amalan dan ibadah yang dianjurkan bagi mendapatkan keberkatan dan limpahan rahmat Allah swt.

Berikut antara amalan yang dianjurkan dalam Muharam.

Puasa di Hari Asyura

Puasa Asyura ialah berpuasa pada 10 Muharam – ia termasuk dalam kategori puasa sunat yang amat digalakkan. Fadilat atau kelebihannya cukup besar iaitu diampunkan dosa setahun yang sebelum.

Daripada Ibn Abbas ra berkata apabila ditanya berkaitan puasa pada hari Asyura:

Maksudnya: “Aku tidak ketahui bahawa Rasulullah saw berpuasa pada satu hari dan mencari-cari kelebihan yang ada padanya daripada hari-hari yang lain melainkan pada hari ini (hari Asyura’) dan tidak juga pada satu bulan melainkan pada bulan ini (Ramadan).” [Riwayat Muslim (1132)]

Ketika Nabi saw ditanya tentang keutamaan puasa Arafah, Baginda menjawab:

“Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

“Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura. Lalu, Baginda menjawab: “Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim)

Muharam juga menjadi detik melakukan kaji diri dan kenyamanan kepada Allah swt.

Selama bulan ini, Muslim dianjurkan memperbanyak ibadah seperti solat, membaca Al-Quran, dan zikir. Menyisihkan waktu terluang untuk beribadah dan melaksanakan ajaran Islam dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

Dengar Ceramah dan Tausiyah

Banyak masjid dan badan agama biasanya mengadakan ceramah dan tausiyah bekaitan Muharam dan peristiwa-peristiwa penting yang terjadi di dalamnya.

Menghadiri dan mendengar ceramah ini dapat memberi pemahaman lebih baik tentang sejarah Islam dan meningkatkan kecintaan terhadap agama.

Bersedekah

Bersedekah termasuk antara ibadah sunah yang dianjurkan pada Muharam. Sebagai tahun baru bagi umat Islam, tentu sesuai merayakannya dengan bersedekah.

Rasulullah bersabda, “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah diriwayatkan sebagai amat menyayangi anak yatim.

“Siapa yang mengusapkan tangannya pada kepala anak yatim di hari Asyura, maka Allah akan mengangkat darjatnya, dengan setiap helai rambut yang diusap satu darjat. Saya dan orang yang menanggung hidup anak yatim seperti dua jari ini ketika di syurga. Beliau berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah, dan beliau memisahkannya sedikit.” (HR. Bukhari).

Perkukuh silaturahim

Muharam juga merupakan kesempatan mempererat hubungan sesama Muslim.

Bersilaturahim, berkunjung temui anggota keluarga, tetangga dan teman, serta memaafkan kesalahan orang lain adalah perbuatan yang sangat dianjurkan. Menjalin hubungan baik dengan sesama umat Muslim adalah salah satu nilai penting dalam agama Islam.

Sumber: Detikinfo, Hidayahtullah.com

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg