Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Allah berkati anak yang santuni dan sayangi ayah ibu

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



BAGAIMANAKAH kita menjaga dan menyantuni warga emas khususnya orang tua kita sendiri? Isu ini nampaknya sering menjadi topik dan bahan ceramah khususnya di rantau kita. Namun apakah kepentingannya sehingga ia perlu diulang dan diingatkan?



Di dalam Al-Quran, Allah swt. telah memerintahkan anak-anak agar melayani dan menyantuni ibu bapa mereka serta melarang anak-anak daripada daripada membentak kedua orang tuanya. Ini dapat ditemui di dalam surah Al-Isra ayat 23 yang bermaksud:



"Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada mereka perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, serta ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."



Pada ayat selanjutnya, Allah menerangkan cara berbuat baik kepada orang tua adalah dengan menjaga dan menyayangi mereka. Bahkan Allah juga memerintah dan mengajarkan supaya selalu mendoakan orang tua. Firman Allah di dalam surah al-Isra ayat 24 bermaksud:



"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) orang tuaku. Sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka kedua menyayangiku di waktu aku kecil."



Semestinya kita telah mendengar dari waktu ke waktu keluhan anak-anak dalam melayani kerenah dan kemahuan orang tua yang berada dalam jagaan mereka. Dalam menjaga orang tua ada kalanya boleh timbul perselisihan faham dan ketegangan akibat perbezaan kemahuan pihak si anak dan orang tua yang dijaganya.



Dalam satu kajian, pernah dinyatakan bahawa antara sebab ketegangan hubungan anak dan orang tua yang dijaga adalah apabila si anak memberikan pelbagai arahan dan membataskan pergerakan orang tuanya yang mungkin tidak lagi begitu sihat dan kuat secara fizikal kerana khuatir akan keselamatannya.



Orang tua pula merasakan seakan terkongkong dan tidak dapat kebebasan yang pernah ia nikmati ketika mereka tinggal sendirian dan sebelum berada di bawah penjagaan anak-anak secara langsung.



Pada ayat 23 dan 24 surah al-Isra di atas terdapat beberapa kunci dalam membantu mengurangkan ketegangan dalam hubungan anak yang sudah dewasa dalam menyantuni dan menjaga orang tuanya.



Pertama memandang orang tua kita dengan lensa rahmah dan ihsan. Selalulah ingatkan diri kita bahawa ketika kita membesar betapa banyak kerenah dan kemahuan kita yang telah dilayan orang tua kita dengan sabar dan penuh kasih sayang. Maka sesuai dengan anjuran di dalam Al-Quran bahawa perkara kebaikan (ihsan) itu patutnya dibalas dengan keihsanan, begitulah hendaknya kita mengingatkan diri kita inilah waktu kita membalas cinta mereka dengan melayani dan menyantuni mereka.



Dapatkan juga sokongan dan persefahaman pasangan kita dan niatkan mudah-mudahan ia menjadi contoh bagi anak-anak kita dalam melayani kita sewaktu nanti kita memerlukan penjagaan.



Kedua, rendahkan diri dan hati kita atas dasar rahmah. Penjagaan ibu bapa tidak seharusnya terbit daripada perasaan terpaksa menjaga kerana jika tidak dikhuatiri kita menjadi derhaka.



Seharusnya seperti yang dinyatakan dalam ayat 24 surah al-Isra, sebab utama kita ini menjaga, merawat dan menyantuni orang tua kita adalah atas dasar kasih dan rahmah terhadap mereka.



Kita memandang mereka sebagai kunci-kunci syurga kita dan sebab mendapatkan keredaan Allah. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa celakalah orang yang menemui orang tuanya pada usia mereka telah lanjut tetapi tidak meraih syurga (Muslim).



Ketiga, selain merubah lensa kita melihat ibu bapa daripada sebagai bebanan kepada peluang meraih syurga, antara cara lain untuk melatih diri kita agar kekal melihat mereka dengan kasih sayang adalah dengan mendoakan mereka. Doa yang dipanjatkan seorang anak bagi orang tuanya sangat berharga.



Disebutkan di dalam hadis yang riwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mengangkat darjatnya seorang hamba yang soleh di syurga", lalu hamba tersebut bertanya kehairanan "Dari mana saya mendapatkan tempat setinggi itu wahai Tuhanku?" Lalu dijawab, "Disebabkan permohonan ampun anakmu untuk dirimu".



Semoga dengan merubah lensa kita memandang ibu dan bapa yang sedang kita jaga, rawat dan santuni, kehidupan kita akan terus diberkati Allah swt dan kita dikurniakan kekuatan dan keikhlasan menyayangi mereka.




SEKILAS BIODATA



USTAZ IRWAN ialah Timbalan Pengarah Pejabat Mufti dan Dasar dan Peraturan Agama di Muis.



Ustaz Irwan menamatkan pengajian ijazah dalam Undang-Undang Islam Universiti Al-Azhar di Kahirah, di mana beliau berada dalam senarai Dekan pada tahun akhir.



Semasa pengajian, beliau berjaya mendapat ijazah dalam ilmu Islam tradisional daripada ulama seperti bekas Mufti Besar Mesir, Sheikh Dr Ali Jum'ah, dan Sheikh Ahmad Taha Rayyan.



Ustaz Irwan telah dianugerahkan Biasiswa Chevening yang berprestij dari Pejabat Luar dan Komanwel, UK, untuk melanjutkan pengajian Sarjana Undang-Undang di School of Oriental and African, University of London, di mana beliau memperoleh kepujian keseluruhan.



Beliau baru-baru ini menamatkan pengajian dengan ijazah Doktor Juris di Universiti Sains Sosial Singapura.




KUNCI MEMBANTU KURANGKAN KETEGANGAN DALAM HUBUNGAN ANAK DEWASA MENYANTUNI DAN MENJAGA ORANG TUANYA.



Pertama: Memandang orang tua kita dengan lensa rahmah dan ihsan. Selalulah ingatkan diri kita bahawa ketika kita membesar betapa banyak kerenah dan kemahuan kita yang telah dilayan orang tua kita dengan sabar dan penuh kasih sayang.



Kedua: Rendahkan diri dan hati kita atas dasar rahmah. Penjagaan ibu bapa tidak seharusnya terbit daripada perasaan terpaksa menjaga kerana jika tidak dikhuatiri kita menjadi derhaka.



Ketiga: Selain merubah lensa kita melihat ibu bapa daripada sebagai bebanan kepada peluang meraih syurga, antara cara lain untuk melatih diri kita agar kekal melihat mereka dengan kasih sayang adalah dengan mendoakan mereka. Doa yang dipanjatkan seorang anak bagi kedua orang tuanya sangat berharga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >