Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

TOKO WARISAN

Beraneka pes lauk-pauk tradisional keluaran baru

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



TERBARU, Toko Warisan telah pun melancarkan jenama pes miliknya sendiri, iaitu Selera Warisan, sebagai usaha mengetengahkan pelbagai jenis juadah tradisional yang dekat di hati masyarakat setempat.



Selari dengan satu trend masakan terbaru, pes masakan tersebut bukan sahaja memudahkan pengguna, malah mampu menjimatkan masa untuk memasak dan menyediakannya.



CEPAT DAN RINGKAS!



Menurut Eksekutif Operasi Pemasaran Toko Warisan, Encik Muhammad Sabree Abdullah Sani, dengan adanya pilihan beraneka pes seperti ini, sesiapa sahaja mampu memasak dengan mudah pada bila-bila masa.



Ini kerana ia menjimatkan masa persediaan tanpa perlu mengupas dan mengisar bahan-bahan masakan.



Bagi mereka yang baru berjinak-jinak belajar memasak, pes-pes ini sesuai dijadikan cara mudah memasak.



"Kami berharap pes-pes Selera Warisan ini dapat menjadi alternatif kepada pengguna dalam memudahkan proses penyediaan juadah mereka pada bila-bila masa.



"Ia juga dapat dijadikan 'penyelamat' di dalam peti sejuk, ketika mana anda memerlukan bahan-bahan asas atau pes lauk untuk memasak," kata Encik Muhammad Sabree.



TANPA PEWARNA ATAU BAHAN PENGAWET



Semua produk Selera Warisan juga sangat istimewa kerana ia dikisar menggunakan sumber asli tanpa menggunakan pewarna tiruan atau bahan pengawet.



"Pes yang kami keluarkan terdiri daripada pes-pes asas seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, cili kisar serbaguna, lengkuas, serai serta campuran halia dan bawang putih.



"Untuk pes lauk-pauk pula, kami keluarkan secara berperingkat. Sebagai permulaan, kami keluarkan enam jenis lauk-pauk yang terdiri dari pes Rendang, Ayam Masak Merah, Mee Rebus, Soto, Lodeh dan Bone Steak. Pengguna hanya perlu menambah air dan bahan-bahan seperti ayam, daging, sayur-sayuran atau tulang, mengikut sukatan yang diberikan. Berat untuk kedua-dua pes asas dan lauk adalah 300 gram bagi satu paket.



"Pes-pes asas kami dibungkus dalam bungkusan zip lock bagi memudahkan pengguna menyimpan baki pes yang tidak digunakan ke dalam peti sejuk. Baki pes-pes asas yang disimpan, ia sesuai digunakan dalam masa 2 minggu.



"Bagi pes-pes lauk pula, ia sesuai untuk satu kali masakan dan boleh menjamu 3 hingga 4 orang," ujar beliau lagi.



RAIKAN KEBUDAYAAN TRADISI



Jenama Selera Warisan juga akan ditempatkan sebagai barangan makanan yang kaya dengan budaya, untuk diturunkan dari generasi ke generasi.



Tambah Encik Muhammad Sabree: "Melalui makanan, semua lapisan masyarakat dapat sama-sama meraikan kepelbagaian tradisi dan sekaligus mengekalkan keunikannya dari generasi ke generasi.



"Konsep ini tercetus apabila kami melihat buku-buku resipi lama. Terdetik di benak kami, bagaimana resipi-resipi tradisi ini masih dapat dikekalkan dan dipelihara hingga ke hari ini.



"Oleh itu, kami ingin sama-sama berkongsi juadah tradisional dari pelbagai kaum dan etnik di Singapura dengan semua pelanggan kami."



BELI 5 PERCUMA 1 PES



Sempena Ramadan yang akan menjelang. Toko Warisan turut menawarkan harga istimewa untuk pelbagai jenis pes masakan bagi memudahkan penyediaan juadah, terutamanya ketika sahur dan iftar.



Pelanggan boleh mendapatkan promosi pembelian lima pes dengan satu pes percuma. Bagi kedua-dua pes asas dan pes lauk, harganya adalah $4.30 sepaket.



Promosi ini berlangsung sepanjang bulan Mac dan April ini sempena meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.




INFO



Dapatkan pelbagai jenis pes serta produk makanan di kesemua cawangan Toko Warisan Trading Halal Frozen.



Anda boleh juga menempah secara 'online' di www.tokowarisan.sg dengan penghantaran percuma bagi pembelian $99 ke atas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >